Friday, December 27, 2013

Jangan hampiri zina

Surah Al-Isra, Verse 32: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Melayu) via iQuran

Wednesday, December 11, 2013

Penang.. Jalan2 cari makan..

Lepas jalan2 kat taiping esoknya kami ke penang pulak.

Jalan2 cari makan katanya haha. 1st tempat kami nak pegi bukit bendera. Guna waze jumpa penang hill then ikutla direction yg waze bagi.

Skali salah tempat la. Waze bawak kami kat taman bunga kat penang. Hampeh btol. Tapi guna waze lagi. Jumpa bukit bendera tp akhirnya jumpa jalan mati. Last2 tnye aunty kat shell. Baru la jumpa.

Sampai kat bukit bendera ya ampunn ramai banget manusia. So tak jadi la nak naik bukit bendera. Nasib baik tak sia2 ke situ sebab jumpa branch jeruk pak ali yg masyur. Jeruk mangga pak ali terbaekkk tok..

Pastu kami teruskan perjalanan untuk mengisi perut yang lapar di  nasi kandar line clear baek punya. Pusing punya pusing akhirnya jumpa gak. Kat situ jumpa akak gua sorang lagi. Terbaek nasi kandaq kat situ. Gua amek lauk ayam, sotong dgn udang. Rm25 puas hati gua makan kat situ. Ramai sgt org kat line clear ni dari semua pelosok rakyat malaysia.

Lepas makan kami gerak balik klang. Otw tu anak2 akak gua dah meracau2 nak main air haha. Terpaksa la abag ipar gua singgah kat bukit merah laketown resort. Tak sangka gua pun terlibat sama haha. Best woo main air kat bukit merah ni. Ada tips berguna, kalau korang nak main air kat sini korang sewa la pelampung sebab xlarat woo nak jalan atas air haha..

Otw back kami singgah kar rnr bukit gantang beli buah jambu dgn limau barli. Sempat jamah durian kampung perak. Makan malam dlm kete haha nasib baik kereta besar..

Taiping.. Here i come..

Salam semua..
Last week gua ada trip ke taiping bandar warisan sebab ada kenduri kawin adik abg ipar aku merangkap besan bapak gua haha belit2 x. Kenduri kat dewan perbandaran taiping pada sabtu lepas. So kami bertolak dr rumah bersama kakak gua kul 9 lebih. Disebabkan hujan sepanjang perjalanan kami sampai di taiping dalam pukul 1 lebih. Ni 1st time gua jejak taiping so nak tgk gak apa yang menarik kat bandar taiping ni.
Bandar yang best, old skool, aman tp sistem jalanraya yg agak xteratuk sikit maybe nak kekalkan keaslian bandar warisan ni kot. Time kenduri ni bapak gua jumpa kawan dia masa bujang2 dulu, masa batalion 10 pph kat bukit galing kuantan. Almost 30 years xjumpa so bila berjumpa banyak cite yg dikongsikan.
Lepas kenduri kami ke hotel pulak. Hotel taiping perdana. Lepak2 jap pastu petangnya kami gerak ke kuala sepetang. Gua tau kuala sepetang ni tempat paya bakau then tempat penghasilan kayu arang. Rupanya ada tempat makanan mee udang banjir yang sedap. Kami menuju ke kedai mee udang mak jah, elok je sampai pekerja kat situ bgtau mee udang abes. So takde rezeke nk makan mee udang mak jah, net time lah. Then kami pergi pulak kat kedai mee udang banjir mak teh, nak rasa gak mee udang. Not bad la, udang fresh.
Malam tu kami tak keluar, sebab masing2 kekenyangan lagi cuma adik gua keluar dengan kawan dia. Sempat gak la dia pusing2 bandar taiping. Dia tapaukan sotong kangkung, abc buah pastu gambar restoren kuew tiaw doli.

Thursday, November 14, 2013

Pandangan dari seorang JURUTERA AWAM...

Assalam..
Kali ni gua nak cerita sikit pasal bridge kat terminal besepadu selatan (TBS) kat bandar tasik selatan.
Baru2 ni gua ada melawat tbs ni. Kawan gua apiz afro (hehe jgn marah piz) bgtau nak rasa magik tau. Gua dgn selumber kata kalau magik bodo2 gua tak layan. Masa tgh seberang guna bridge tu gua rasa badan gua melayang2 xstabil. Gila punya engineer tbs ni, lu org makan gaji buta ka??
Gua tengok bridge ni guna frame steel tp apesal sway mcm gempa bumi. Gua sikit je nk call sprm suh siasat sape yg songlap duit bridge ni hahaha..

Monday, November 4, 2013

Troll abes

Editor akhbar ni makang gaji buto ambo raso. Kejadahnya final piala dunia kat shah alam. Mangkuk betingkek tingkek

Wednesday, October 23, 2013

Cuti2 Cameron Highland untuk ntah kali ke berapa..

Cuti kali ni kak long gua lak angkut gua dgn abah dgn adik gua g naik Cameron Highland (CH) sempena anak buah gua yg baru abis PMR.

Duk kat Strawbery Park Resort utk semalam. The best of hotel ni sb terletak di puncak bukit and ofkos sejuk yg teramat sangat. View bilik kami very the cantik one haha.

Masa kami sampai hujan so suhu cecah 27 degree celcius. Gua yg banyak lemak ni pun tertewas dgn kesejukan CH ni haha. As usually ptg tu lepak kat ladang sungei palas. Tempat shooting ombak rindu tu. If i'm not mistaken post sebelum2 ni ada gua cite pasal ladang teh sungei palas ni.

Wedding Classmate

Wedding zura classmate merangkao labmate gua. Berlansung kat Felda Tenang Besut Terengganu. 1st wedding gua attended utk kawan2 haha sb gua cuak nanti bila gua kawen xde member2 datang pulak..
Perjalanan dr kl-besut amek masa 9 jam broooo.. Melecet punggung gua yg comel ni. And 1st time gua lalu LPT. Setakat karak highway gua dah biasa sb gua sekolah kat Lipis.

Lata Tembakah

Monday, October 7, 2013

Friday, September 20, 2013

Keboringan..

Bila lepak sorang2 ni mudah untuk kita muhasabah diri sendiri kan. Tak banyak nak kongsi sebenarnya dan tak tau nak kongsi ape haha. Hidup umpama roda tikanya kita berada diatas dan ada kalanya kita berada dibawah. Sebelum kita berasa dibawah perlu lah sentiasa beringat apabila berada diatas. Apa yang aku mengarut pun aku tak tau.
Kadangkala jangan merasakan diri kita sentiasa perlu dihormati, kita perlu menghormati diri sendiri jika mahu org lain menghormati kita. Jangan rasa besar kepala atau tidak boleh disentuh atau ditegur. Apa yang aku mengarut ni haha. Ni tiada kaitan antara yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Macam2 ragam manusia kita boleh lihat terutamanya disekeliling kita. Ada yang suka meraih simpati, ada yang tergedik2, ada yang macam2 lagi lah hahaha.
Tapi itu lumrah kehidupan

Tok Gajah..

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...