Tuesday, June 18, 2013

KENALI TULANG RUSUKMU...




KENALI TULANG RUSUKMU

Kisah Mengapa Wanita Tercipta dari Tulang Rusuk Lelaki

Seorang bijak berkata…
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih
untuk lelaki
Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan
memberimu kehangatan dalam rumahmu.

Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.

Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya.

Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan
memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan!

Jika kelmarin kamu berdo'a dan yakin bahawa
dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka
terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik.

Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata ma'af untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta ma'af untuk kesalahanmu.

Ia yang mau menerima masa lalu mu dan siap
merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu.

Ia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar.

Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa
lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu,
airmatanya boleh menyayat hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannya, maka merenunglah sejenak!

Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati.

Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki. Kerana wanita tahu dari sana dia berasal.

Maka dari itu kenali dan sayangi “Tulang Rusukmu”..

Wednesday, June 12, 2013

Ditegur..


Haa pandai sangat nak like2 kat instagram dah kena tegur dengan orang huhu.. Like gambar wulan guritno then kuar pulak kat newsfeed facebook.. Hambik ko kantoi saje je haha..

Pasni nak like kena berhati-hati, takleh nak semberono je like2 wanita- wanita cantik huhu..

Ok nak study solid waste..

Tuesday, June 11, 2013

Impian untuk kawen.. Angan-angan atau impian

Alhamdulillah musim cuti sekolah baru-baru ni ramai kawan aku mendirikan masjid. Seronok tengok dorang naik pelamin. Dulu masa sekolah semua selebet je, tapi sekarang bergaya habis. Aku ucapkan tahniah pada yus dan ain, akma dan pasangan, ida dan pasangan, dak2 junior masa sekolah, tengku masni dan pasangan. Maaf tak dapat hadir majlis anda semua kerana aku ada kat johor sekarang ni tengah memerah otak untuk belaja supaya dapat kerja yang bagus dan dapat kumpul duit yang banyak pastu boleh kawen macam korang semua hahahaaha..

Umur aku dah 27, baya2 umur macam ni dah layak nak kawen. Tapi aku belaja lagi haha. Takpe ini la cabaran hidup. Impian nak kawen tu ada tapi masalahnya belum jumpa calon yang tetap. Haha emm ada tu ada tapi takut aku pulak yang bertepuk sebelah tangan. Takut jugak kalau2 tak jadi kan. Tak baik mainkan perasaan wanita ni, pasal jodoh berserah pada Allah. Dia berhak untuk tentukan aku sehidup semati dengan sesiapa. Dulu pernah jugak aky plan dengan ex aku pasal kawen2 ni tapi dah takde jodoh aku pendam jela impian ni. Sekarang mungkin aku dah jumpa seseorang yang  boleh menjadi teman hidup aku. Tapi tak boleh nak mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

Impian aku besar. Nak yang cantik, putih, gebu. Tamakkan. Bukan aku je tapi aku percaya semua orang nak yang sempurna dan sedap mata memandang. Hidup bahagia disamping manusia yang kita sayang. Berkongsi cerita atau masalah yang sama, makan benda yang sama, berkongsi tempat tidur, berkongsi harta dan berkongsi hidup sepanjang hayat.

Aku nak kawen kat hotel besar, macam dalam drama2 melayu haha. Nak pergi honeymoon kat oversea haha ni pun pengaruh dari drama. Tapi kena berpijak dibumi yang nyata, perlukan usaha yang lebih untuk dapatkan semua tu. Perkara utama adalah wang atau duit. Ramai pengantin sekarang berbelanja besar untuk majlis perkahwinan mereka sampaikan ( hanya segelintir sahaja) yang terpaksa meminjam duit bank. Alasan mahu majlis mereka nampak gah dan di ingati kawan2. Bagi aku kalau kita betol2 mampu takpe tapi kalqu serakat nak bayar balik loqn PTPTN pun tersengguk2 baik ko buat majlis yang sederhana. Ni dah selesai majlis ko kena tanggung hutang berpuluh ribu. Sampau anak dah 5 orang pun hutang kawen tak selesai lagi.

Ayat dari Surah An-Nisa ayat 3 ada menyatakan tentang hal perkahwinan.

Ok nak sambung study.
Esok2 aku sambung lagi

Assalamualaikum..

Kawan... Definisi kawan atau lawan..

Kawan oh kawan.. Ada kawan biasa, kawan baik, kawan sepermainan dam macam2 lagi.. Kawan makan kawan pun ada..

Hidup aku sepanjang 5 peringkat kedewasaan ni dah jumpa macam2 orang.. Dari sekolah rendah, menengah, politeknik, diploma sampai la degree menunjukkan manusia yang diciptakan Allah ni pelbagai. Ada yang betol2 faham konsep kawan, ada yang macam gunakan kawan. Kawan makam kawam pun ada haha...

Start sekolah rendah kawan2 aku semua ok la. Mungkim masa tu budak2 lagi kan, anggap semua ok. Masuk sekolah menengah masa tu kita boleh menilai mana yang boleh jadi kawan atau tidak. Tapi selalunya aku berkawan demgan semua orang. Yang best time sekolah tengok kawan sailang awek member sendiri. Ni betol definisi kawan makan kawan. Mungkin karma kot. Bila si A sailang akak angkat si B then si B nak balas dendam dia sailang pulak awek si A.. Pedih siot awek kena sailang gitu. Sampai ke jinjang perkahwinan pulak tu. Jodoh Allah dah tentukan kan.

Zaman kehidupan kat poli bagi aku kawan2 semua best. We are unite together, apa yang terjadi kami tetap bersama tapi hari terakhir kat poli dulu hari paling tak best sebab kami telah buat perkara yang bodoh dan benda ni pun penyebab aku clash dengan awek aku dulu. Kami g belasah sorang budak ni. Bukan pukul saja2 tapi budak ni kaki rembat duit kami. Pantang wallet terbiar abes duit kami kena rembat. Jadi kes polis jugak la. Tapi aku takde la nak pukul, just tengok2 je. Kalo boleh fikir tu baru balasan kat dunia sebab suka curi duit orang.

Zaman diploma pulak kira zaman universiti so semua kawan2 educated. Takde masalah sangat tapi kawan2 dip ni obses pada pelajaran. Kalau minggu test tu buku mesti berkepit. Tahun kedua tu ramai buat hal sendiri tapi masuk final year tu yang best. Keluar makan sama2 main boling sama2 sampai la boleh terkapel sesama sendiri. Conclusion untuk zaman dip... Dorang best jugak tapi takleh lawan kawan2 poli.

Masuk ke part 5. Zaman degree.. Zaman penuh cabaran. Tahun kedua dan ketiga semua relaks2 je. Masuk final year masing2 dah tunjuk belang haha. No offence aku cerita. Ada yang gunakan member untuk kepentingan sendiri. Ada yang syok sendiri. Ada yang POYO. Macam2 ada wa cakap lu. Kenapa aku caps lock POYO tu sebab aku benci budak poyo. Poyo cket2 xpe la tapu jangan sampai gunakan orang lain untuk kepentingan sendiri. Pastu kaki kipas pulak tu. Tu lelaki.. Belum yang perempuan pulak haha. Macam2 hal.

Aku dalam bulan final exam ni. Rasa macam mengumpat pulak tapi tak selagi benda ni aku publish so macam aku cakap depan2 gak la. Kita kena bijak pilih kawan. Jangan sampai kita makan hati dengan kawan2 sekeliling kita. Sebelum bekorban untuk kawan baik kita bekorban untuk diri kita sendiri. Kawan untuk bergelak ketawa ramai tapi kawan untuk berkongsi suka dan duka belum pasti ada yang sudi.

Jaga hubungan kita dengan Allah
Jaga juga hubungan kita sesama manusia..
InsyaAllah..

Nak study i.s tapi malas..
Kena check balik hubungan aku dengan Allah..

Saturday, June 8, 2013

VIVA

Dah lama tak update blog.. Tekanan kerja yang semakin menimbun tu yang buat aku takde masa.. Banyak suka duka semester ni.. Dari yang best sampai la yang tak best..
Tapi ni aku nak cerita pasal viva aku 4/6/2013 yang lepas.. Session aku tu rasanya paling hot dan paling kejam. Panel tough belaka.. Prof Rosli, Dr.Hidayah dengan Ir Dr Zaman.. 5 org yg present semua kena pancung haha..
Pedih wooo... Tapi takpe.. Itu adalah sesi yang berkualiti, sesi brainwash untuk fresh graduate macam kami..
Gambar bawah ni dak sesi selepas kami.. Dorang dpt panel best lagi friendly gitu.. Lepas ni kalau nak sambung master kena la prepare viva yg lagi bagus. Kena ada backup fakta yang boleh menyakinkan barisan panel. English kena tiptop.
Ada 1 benda aku nak tambah. Paper Advance Highway mostly boleh jawab tp question no1 tu macam nak kena kn student. Dah la dalam silibus takde dan tak diajar tapi masuk dalam paper final. Kepada lecture part A, anda memang terbaek. Jasamu dikenang budimu dijunjung. Ok nak sambung buat projek R.C II..

Adios.... ASSALAM..

Tok Gajah..

Daisypath Friendship tickers

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...