Saturday, January 22, 2011

kenapa saya suka no 8...

salam...

kenapa saya suka no 8?? hehehe saya suka no 8.. semua org tanya kenapa saya obses dgn no 8.. nk dijadikan cerita sebenarnya dulu masa saya aktif bersukan, jersi saya no 8!! mungkin ada pemain ragby sudah tau no 8 itu apa, sebenarnya no 8 dlm permainan ragby adalah 1 posisi penting dalam pasukan.. mcm main bola, pemain memakai jersi no 9 adalah ayam tambatan pasukan, mcm ragby jugak TAPI dalam ragby takde STAR!! apa itu STAR?? star ni kan bintang huhuhu... ragby mementingkan team spirit!!

so masa saya dlm posisi no 8 ni saya glamor la kn huhu ( masuk bakul angkat sendiri ) sampai satu keadaan tu jenama no 8 tiba2 jd terkenal huhuu... dulu kan tyme sekolah, kelab usahawan ada buat request kn sumting like jual gula2 or buat, so ada skali tu saya request coklat kat seorang awek ni guna signature no8 huhuhu... bila awek tu dapat coklat tu dia tanya sape kenal no8 hahahaha terkantoi di situ bila si pami ( bestfriend masa ponteng solat maghrib ) bocorkan rahsia huhuhu...

apa lagi ek nak story.. itu je la kot... sebenarnya cerita ni tribute untuk Viper rugby club huhuhu... untuk pemain2 rugby sekolah clifford huhuhu

model sukan
tinggi 171cm, berat 69kg huhu
juara pahang 2004. masa ni dah gemuk banyak huk3

sebenarnya aku stop bersukan ni sebab dah banyak kali injured kat tempat sama so aku amik keputusan untuk retired.. dah bape banyak botol spray aku spray kat lutut and ankle aku ni huk3...

abah.. kami sayang abah..

salam...

aku mencuri masa yg singkat ini untuk menulis kisah 7 anak dengan seorg bapa... aku dikurniakan sepasang pasangan ibubapa yg baik.. walaupun mak telah pergi 11 tahun lalu tetapi kelibatnya sentiasa disisi kami.. tinggal abah keseorangan menguruskan diri setelah kami dihantarnya belajar hingga ke menara gading.. terima kasih abah!! kesunyiannya terubat setelah abah telah berkahwin lg tetapi kebahagiaan itu tidak sama sewaktu dgn mak dulu..

dua minggu lepas selepas aku pulang ke kampus aku mendapat panggilan dari kakakku dimana diberitahu mata abah akan di laser.. terbayang di mattaku abah di rumah.. patut lah 2-3 hari lepas abah kerap pening kepala dan asyik bertanyakan tv yg dikatakannya semakin kabur, rupa-rupanya doktor telah mengatakan urat mata abah telah pecah dan perlu di laser secepat mungkin, ini disebabkan penyakit kencing manis abah yang semakin serius ditambah lagi darag tinggi yang semakin menjadi2 kebelakangan ini...

semalam mata abah telah di laser, kata kak lin mata abah akan dilaser sekali lagi pada 1hb feb ini.. tadi sewaktu dalam kelas kak jaja text pada aku mintak e-mail address aku.. apabila pulang ke bilik aku check e-mail dan menerima beberapa e-mail dari kakak dan adikku... sebak jugak bila baca email td.. 

e-mail dr kak lin 

As Salam

adik beradik/iparku yang dikasihi

Semalam abah dh lazer dan akan di lazer lagi pada 1 Februari 2011  jam 10.30 pg. Akak/lin di PD dr 31jan - 1 Feb. ada bengkel. Dr kata abah kena jaga makan jgn sampai naik lagi kencing manisnya.....kes mata abah ni agak teruk jugak....darah tinggi abahpun naik kebelakangan ni..

Semalam merupakan memori terindah bersama abah tersayang sepanjang hari ...dulu abah pimpin kita semalam pimpin abah....teringat lak masa anak dara dulu naik kereta bersama pergi cari ikan kat pasar selayang....sembang-sembang gelak gelak....huhu...
Mudah-mudahan berkat doa anak-anak dan menantu abah cepat sembuh..
Amin.

kemudian e-mail dr kak jaja
W’salam…
 
Terima kasih atas makluman.
 
Huhuhu….pastu balik lambakkan ikan kt depan umah cheras and basuh ramai2..xpun ngeteh dulu sambil mkn roti canai kt kedai tepi pasar..kalo Hasmah ikut ikut mesti dapat ikan murah kan!...huhuhu..
 
InsyaAllah setakat ni ja xde apa on 1st Feb.
 
Ok..di samping ini, nak maklumkan cadangan dari kanda yus untuk kita adakan sukaneka dan cabutan bertuah pada hari bbq nanti…cadangan dari adik awa adalah seperti berikut..
 
 
sempena majlis tahlil, smbutan hari jadi dan bbq pada cuti raya cina:
 
acara games:
 
anak2:
 
1. musical chair
2. kutip gula2... sapa kutip banyak menang.. /atau cari gula2 dalam tepung
3. tiup belon paling besar, sapa pecah dulu menang
4. kotak beracun
 
keluarga:
1. belon terbang berisi air
2. telefon berkarat(boleh menguji daya ingatan ank2)
3. monalisa(melukis dengan menutup mata)
 
ajk games: antie we & paman
pengadil: atok & nenek
**  sebarang cadangan dialu2kan…ini pun julung2 kali diadakan.ok jugak kan..ada pengisian..
 
oleh itu, cadangan kutipan juga ingin diadakan bagi melancarkan perjalanan aktiviti..cadangan yuran termasuk hadiah, makanan (cadangan MENU), peralatan berkaitan :
 
i.                    RM50 x 5 = RM250
ii.                  RM80 x 5 = RM400
iii.                RM100 x 5 = RM500
 
p/s : Kalo ada kelapangan, nak adakan discussion pada cuti thaipusam 20/1/2011 pun ok.
 
Harap dapat pandangan semua..
 
TQ. 

kemudian e-mail dr hawa

wah....sebak terbayang time dulu2..
semoga ikatan antara kita adik beradik masih utuh seperti dahulu..
hehehe....dah terbayang keseronokan wat sukaneka tu..musti happening nnti huhu... 
langkawi 2008

abah.... kami sayang abah
kami hanya tinggal abah je dalam dunia ni
tanpa abah anip pun xtau ape akan jd pada family ni nanti
insyaAllah balik cuti sem ni anip jaga abah


salam...

Alhamdulilah...
 bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar bagi saya.. diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Nya ini menerbitkan sesuatu keinsafan yang tidak terhingga.. dalam mengharungi hari-hari yg penuh ranjau duri akhirnya saya mengalah... mengalah bukan erti tunduk tetapi ia memberi kekuatan kepada saya meneruskan agenda yg terhalang.. untuk tatapan semua ini dalah blog kedua saya.. mengunakan tajuk yang sama, perjuangan yang sama dan kukekuatan yg luar biasa... blog saya terdahulu ditutup disebabkan hak nama seseorg yg tidak bersetuju namanya digunakan, alasannya tidak mahu menunjuk2 dlm dunia maya ini walhal jika dilihat pada laman sosialnya penuh dgn gambar yg menunjuk2..

legasi blog ini akan diperkukuhkan lagi.. alhamdulilah blog yang baru telah tercipta dengan menggunakan nama mhms8@blogspot.com.. insyaAllah blog ini masih lagi 'under construction' tetapi saya berjanji akan melakukan 'finishing' secepat mungkin... salam

Tok Gajah..

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...