Wednesday, December 11, 2013

Taiping.. Here i come..

Salam semua..
Last week gua ada trip ke taiping bandar warisan sebab ada kenduri kawin adik abg ipar aku merangkap besan bapak gua haha belit2 x. Kenduri kat dewan perbandaran taiping pada sabtu lepas. So kami bertolak dr rumah bersama kakak gua kul 9 lebih. Disebabkan hujan sepanjang perjalanan kami sampai di taiping dalam pukul 1 lebih. Ni 1st time gua jejak taiping so nak tgk gak apa yang menarik kat bandar taiping ni.
Bandar yang best, old skool, aman tp sistem jalanraya yg agak xteratuk sikit maybe nak kekalkan keaslian bandar warisan ni kot. Time kenduri ni bapak gua jumpa kawan dia masa bujang2 dulu, masa batalion 10 pph kat bukit galing kuantan. Almost 30 years xjumpa so bila berjumpa banyak cite yg dikongsikan.
Lepas kenduri kami ke hotel pulak. Hotel taiping perdana. Lepak2 jap pastu petangnya kami gerak ke kuala sepetang. Gua tau kuala sepetang ni tempat paya bakau then tempat penghasilan kayu arang. Rupanya ada tempat makanan mee udang banjir yang sedap. Kami menuju ke kedai mee udang mak jah, elok je sampai pekerja kat situ bgtau mee udang abes. So takde rezeke nk makan mee udang mak jah, net time lah. Then kami pergi pulak kat kedai mee udang banjir mak teh, nak rasa gak mee udang. Not bad la, udang fresh.
Malam tu kami tak keluar, sebab masing2 kekenyangan lagi cuma adik gua keluar dengan kawan dia. Sempat gak la dia pusing2 bandar taiping. Dia tapaukan sotong kangkung, abc buah pastu gambar restoren kuew tiaw doli.

No comments:

Post a Comment

Tok Gajah..

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...