Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA....


Siti Fairuz - Bila Rindu Kusebut Namamu



Tanpa Ku Sedar Aku Tersebut Namamu
mengapakah Hanya Dengan Tiba-Tiba
aku Pun Menjadi Rindu
dan Wajahmu Ku Terbayang
adakah Engkau Pun Begitu Merindu

bila Ku Rindu Aku Tersebut Namamu
bila Ku Resah Ingin Rasa Ku Bertemu
aku Jadi Tak Menentu
menunggu Kehadiranmu
mengapakah Lama Hilang Tanpa Berita

apa Khabarmu Di Sana Kekasihku
semoga Engkau Tak Lupa Padaku
jangan Biar Ku Merindu
jangan Biar Ku Tertunggu
sepinya Di Hatiku Menunggumu

bila Ku Rindu Aku Tersebut Namamu
di Dalam Mimpi Aku Dibelai Olehmu
indah Sungguh Percintaan
indahnya Berkasih Sayang
betapa Aku Merindu Kepadamu


Thursday, August 25, 2011

Quote For Today..





cintailah sesuatu itu sekadar saja

berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika

bencilah yang engkau benci itu sekadar saja

berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika



Hukum bercumbuan lelaki & perempuan tanpa ikatan perkahwinan..







Kerap kali kita melihat pasangan bercinta ini bercium tanpa rasa segan silu. Tetapi apakah sebenarnya hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Dan adakah ini berdosa besar?

Sebenarnya, perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu;

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;
1. Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
2. Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
3. Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)



sumber

Hijjaz - Rasulullah

Wednesday, August 24, 2011

Quote For Today...




"Jadilah seperti kain yang terbungkus rapi di

 dalam almari kerana harga jualannya lebih mahal

 di bandingkan kain yang sudah terbuka

 bungkusannya apa lagi kain itu sudah di pegang

 oleh kebanyakkan pembeli, tetapi tidak mahu

 membelinya"

Tuesday, August 23, 2011

Saturday, August 20, 2011

10 Perkara Jangan Beritahu Kepada Wanita

top secret not scarlet okkk hahaha

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi

Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.


2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini

Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.


3. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”

Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.


4. Anda punyai hobi yang pelik

Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.


5. Jangan jadi ‘anak emak’

Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.


6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu

Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.


7. Simpan rahsia kelemahan anda

Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.


8. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”

Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.


9. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”

Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.


10. Dia tidak disukai keluarga anda

Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

FANTASY PREMIER LEAGUE 2011/12


FANTASY PREMIER LEAGUE 2011/12



dream team minggu ini

Friday, August 19, 2011

Iftar Ramadhan 1432H... Hotel Legend



salam..
Alhamdulilah hari ini hari ke 19 kita berpuasa
kali ni aku nak story about our 2nd iftar kat luar
huhuhu
kali ini akak aku yang sulong open table pulak
breaking fast kat Hotel Legend
so kat bawah ni ada la sikit gambar2 kami sedang makan


ni bapak gua with cucu bapak gua k huhu


ayahanda aku.. lu langsi.. lu punya pasal la


kakak aku yang sulung tgh suap kan anaknya..


sebelah aku tu abang ipar aku.. aku punya muka tak leh tahan itu kambing golek la


teh tarik mcm kat mamak woo


ini aku punya makanan haha
beriyani permaisuri+ayam kari+butter prawn+lamb stick+lamb curry
yang pinggan 1 lg kambing golek hahaha
habis okkk!!!



appetizer (sory eja sesedap rasa haha)


say... cheeseeee


haha amekk kauu
ni bukan aku punya

meja masih kosong lagi waktu ni sebab kami sedang memunggah makanan di buffet area hahaha


beruk bebenor muka aku ni hahaha.. sempat shopping lagi tu
dapat la kemeja pierre cardin dgn tshirt polo huhu


hotel legend tu atas the mall ni 


ni kalau korang nk google map la kan tp senang je kot nak cari tempat ni
tempat ni 1st time aku jemput si dia balik dr newcastle huhu..

apa-apa pun bersederhanalah kekita berbuka puasa ok
jangan membazir sebab mambazir amalam syaitan


Thursday, August 18, 2011

Iftar Ramadhan 1432H.. Nasi Arab @ Zam Zam, Shah Alam

salam..
bersempena bulan ramadhan
kami tukar selera pulak huhu
nak merasa makanan arab pulak
ada la 2-3 kali makan nasi arab ni
dua minggu sebelum puasa aritu aku ada gak belikan nasi arab utk makan sam-sama dengan akak aku
kali ini kami makan kat

Nasi Arab @ Zam Zam, Shah Alam

yang join buka puasa ni akak aku no 3 dgn 4 ( biasala adik beradik ramai)
actually yang belanja ni akak aku no3 ni
korang tengok la gambar2 yg sempat aku snap tyme berbuka 


 
ni ayahanda aku... lu langsi lu mati haha


3 beradik tengah gossipping


haa yang ensem ni ofkos la ku.. ni haikal anak buah aku.. fight gak maen ps pes dgn dia ni


adik aku dengan haikal dengan haziq.. 


haa ni akak aku no3.. open table noo..


ni pulak akak aku no4 dengan anaknya.. tgh pregnant tu huhu tahniah2..


zam zam alakazam


tengah makan pon sempat posing.. nampak bir halal tu?? halal ok..


ni anak buah aku ayra hadirah


terbaeekk dari ladang.. lamd kabsah dengan nasi mandy nyum nyum..


roti nan dgn salad huhu..


celebrate birthday ayra kali ke-2 dalam tempoh seminggu


dua sepupu yang tak boleh dipisahkan.. nur amani husna dengan ayra huhu..


potong jangan tak potong kak


gelas yang banyak tu gelas aku la tu haha


roti nan cecah ape ntah tapi sedap..


bir halal?? non alcohol ok..


restoran zam zam


arabic food


alhamdulilah
habis jugak makanan tu semua, takde pembaziran ok..
kepada sesiapa yang nak cuba boleh la try
ni alamatnya:

Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Wednesday, August 17, 2011

Soalan Fizik Angry Bird

Memang satu dunia orang gila main Angry Bird sekrang. Tetapi tak terfikir orang gila sangat game ini sampai boleh masuk dalam Paper EXAM Fizik pula…OMG!!!
 
 
 
 
 

Pengalaman Seorang Gadis Kali Pertama…


Angaplah anda seorang gadis ( jika anda seorang lelaki )

Dan juga adalah ini kali pertama anda !!!!!!
Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda.

Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala.

Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.

Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak.

Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan? Mata anda digenangi deagan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk.
Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. 

Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda
dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.

Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor, kerana mencabut gigi anda. Terimakasih doktor. . . . .

Hahaha..mesti korang stim kan biler tgh baca nie..tapi akhirnya?? spoiL…. 

p/s:jgn pikir lucah sgt..kan dah kena..wkakkakak 

Keruntuhan Akhlak.. aweks pakai towel je

Entah apa nak jadi pada remaja zaman sekarang. Dengan pergaulan bebas dan pelbagai lagi masalah sosial yang imbul dalam masyarakat, tentunya menjadi satu masalah yang besar pada negara. Agak-agak aksi dalam gambar di bawah ni boleh dikatogerikan sebagai masalah sosial tak?


Lelaki perempuan duduk satu rumah yang sama?? renung-renungkanlah


 giler seksa hahaha


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


haa..amacam..muntah hijau x??hahahaah

Wordless Wednesday..


Tuesday, August 16, 2011

Road To... Kelantan & Terengganu ( part 2)

salam..
kembali semula ke rancangan cuti-cuti malaysia 
bersama saya pengacara sempai anda hahahahaha
ada hati nak jadi hos rancangan cuti-cuti ni
ok2 kali ni title pun part II kan
so nak citer cket hari kedua aku kat kelantan
actually memang syok gak la cuti kat negeri cik siti wan kembang ni
start dari bekfes la kan
bekfes kat Perdana Beach Resort PCB sedap-sedap macam-macam ado huhuhuhu
nasi dagang, nasi kerabu, gulai kawah dan bermacam-macam lagi
yhen lepas kumpul ramai-ramai kat hotel
 kami gerak ke Rantau Panjang..

 dalam bus nak ke rantau panjang

 sebatang jalan kat kelantan

 apehal ni haha

 sungai kelantan kot

 aku lagi hahaha

 sawah padi terbentang luas

 dah sampai kat Rantau Panjang

 penjaja di sepanjang jalan ke Rantau Panjang

 sunset di tepi sawah

 penyokong sejati red warrior gomo kelate gomo
apepun red giants the best!!

 kb mall.. 1 ni je yg ada kat kelantan huhu

ni kat wakaf che yeh, pasar malam ala-ala downtown gitu..

abes hari kedua kami kat kelantan
esok pengembaraan ke terengganu pula
apepun cuti kat dalam negara pun best jugak

tunggu road to. kelantan&terengganu (part III)

Tok Gajah..

Daisypath Friendship tickers

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...