Wednesday, May 18, 2011

Antara Kau Dan Aku.. ( PART 2 )

Pagi itu empat sekawan ini memulakan langkah pertama mereka ke menara gading, perkenalan dengan seorang wanita seangkatan dengan mereka menjadikan tali persahabatan mereka semakin kuat. “siapa nama ko bah?” Tanya lakibul kepada ezrin. “dari tadi aku tengok ko diam ja, mari la join kami” ajak lakibul dengan ramahnya. “nama aku ezrin, dari polisas, korang pulak dari poli mana?” jawab ezrin dengan ramahnya. “aku dari poli sabak bernam” jawab ah choi. “ aku dengan prof dari poli tanjung malim, ko asal mana erin?” Tanya aku pada wanita yang tinggi lampai ni. “ aku asal dari Pahang.. mentakab huhu” jawabnya. Oh orang Pahang, aku pun orang Pahang tapi dulu la huhu. Perbualan mereka terhenti seketika apabila melihat Puan Samira pensyarah mekanik bendalir berjalan ke muka pintu dewan kuliah 2.
Pengalaman baru dapat aku timba hari ini, dengan lecture yang fully English menyebabkan aku perlu member tumpuan sepenuhnya. “mikael lap sikit tilinga ko tu, dah meleleh otak ko kuar ikut telinga” seloroh ah choi pada aku. Kami berempat tersenyum dengan bebelan ah choi itu...
Tiba-tiba hati aku tersentak dan berbunga seketika bila melihat gadis yang duduk di hadapanku ini. Berdua dengan kawannya masuk lambat ke kelas Puan Samira. Dengan baju merah hatinya itu sedikit sebanyak mencairkan hati aku yang telah 3 tahun kosong. Oh nama dia Lidya Latifah rupanya..
Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tok Gajah..

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...