Wednesday, May 18, 2011

Antara Kau Dan Aku.. ( PART 1 )

Pagi itu jam berbunyi tepat pukul 5, Mikael  bingkas bangun untuk mandi dan bersiap untuk ke kuliah. “hari ini hari pertama aku ke kuliah, belajar di university yang terulung dalam bidang teknologi” bisik hati kecilnya ketika melangkah ke bilik air. Selesai menunaikan solat subuh Mikeal mengejutkan rakannya Ah Choi di bilek sebelah. Ah Choi ni orang Melayu tapi mukanya ada iras-iras Cina sebab itu kawan-kawan memanggilnya Ah Choi. “Choi bangun dah pukul 5.30 pagi, nanti ramai orang beratur tunggu bas” jerit Mikael dari luar pintu. Aku tunggu di bawah ye, Mikael menuju ke bilik seorang lagi kawannya. “Prof ko dh bangun belum? Aku tunggu depan lif ye” jerkah Mikael di tingkap bilik Prof.  Prof seorang lagi kawan baik Mikael, seperti Ah Choi Prof juga ada sebab tersendiri di panggil prof, dengan cermin mata lagak seorang pelajar terbaik hinggalah pakaian yang sentiasa kemas lagak seorang Professor di university. “ok2 tunggu aku depan lif, tadi si lakibul cakap dia tunggu kita kat tempat bas, ko pergi cari dia dulu” prof berbicara dengan tenang. “mengantuk lagi ke si prof ni? Suruh aku tunggu depan lif, lepas tu suruh aku cari si lakibul dekat tempat bas” getus si mikael terhadap kawannya itu. “ok aku tunggu ko kat tempat bas nanti kita jumpa, karang si lakibul tu mengamuk pula”.
Setibanya di tempat bas lakibul yang telah tunggu 15 minit menunjukkan mimic muka yang ketat. “ah korang ni janji tak pernah tepat, sudah 2 bas telah berlalu, letih bah tunggu kamu semua” marah si lakibul terhadap mikael. “alaa sorry la bul, pagi ni je terlewat hehe” pujuk Mikael kepada kawannya dari Sabah itu. “iya aku maafkan” kata lakibul sambil mendengar doa pagi dari kumpulan Hijjaz melalui NOKIA QDnya itu. “Bul macam mana perasaan ko nak masuk kuliah buat kali pertama ni?”. “Alaa buat-buat relaks aja sudah bah, jangan tension-tension bah” jawab lakibul selamba. 



No comments:

Post a Comment

Tok Gajah..

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...