Monday, December 5, 2011

Teks Ucapan Terakhir Sebagai Timbalan Presiden PEKA..



Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang dihormati presiden peka saudara ryo, majlis tertinggi peka penggal 2010/2011, calon-calon yg bertanding serta ahli-ahli peka sekalian
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan..
Selamat datang ke mesyuarat agung tahunan peka 2011 dan malam pemilihan baru majlis tertinggi peka penggal 2011/2012. Dalam mesyuarat agung tahunan ini kami akan menerangkan aktiviti yang telah dianjurkan oleh peka, dan seperti yang telah tetapkan penerangan aktiviti ini akan diterangkan oleh presiden kita sendiri iaitu saudara ryo sebentar lagi.
Melihat kepada sambutan pada malam ini, kita seharusnya bersyukur kerana peka masih mampu memain peranan sejak 19 tahun yang lalu dan sentiasa melalui perubahan dengan merencanakan pelbagai aktiviti dan program yang bermanfaat kepada mahasiswa fka am nya dan universiti khususnya. Jika diamati secara mendalam, kita perlu akui bahawa nilai kesukarelawanan dan bekerjasama dalam persatuan ini masih banyak yang perlu dilakukan bagi mengukuh dan memperkasakan budaya positif ini.
Disini saya akan menerangkan sedikit Majlis tertinggi peka iaitu diketuai jawatan presiden, dibantu pula dengan timb.presiden yang memantau pengurusan persatuan dan naib.presiden memantau aktiviti persatuan dan dikukuhkan lg dengan setiausaha agung dan bendahari kehormat. Pada penggal ini peka memiliki 7 portfolio yg diketuai oleh pengarah dan timbalan pengarah. Portfolio tersebut adalah global corporate relation, R&D, social and welfare student (excos), promotion and marketing (pro-mark), recreation and activity (react), Islamic welfare and spiritual development dan isd.
Untuk penggal ini kami barisan exco telah membuat beberapa perubahan dimana terdapat portfolio yang digugurkan dan diganti baru manakala ada penambahan portfolio, ini diputuskan supaya peka dapat mengorak langkah lebih ke hadapan dalam mengharungi cabaran yang mendatang..
Portfolio yang digugurkan adalah kerohanian dan, ia diganti dengan portfolio multimedia, public relation dan 3p iaitu penerangan, penerbitan dan penyiaran. Di harapkan portfolio ini dapat membantu peka dalam merealisasikan RRP yang telah direncanakan sehingga tahun 2020..
Diharapkan calon-calon yang menang malam ini dapat memegang amanah ini dengan sebaiknya, merealisasikan apa yang telah dirancang, menjaga kabajikan ahli-ahli peka. Kepada yang tidak Berjaya jangan jadikan kegagalan ini sebagai penghalang untuk membantu rakan2 exco anda, bersama2 kita menaikkan nama peka segah persatuan-persatuan yang lain..
Akhir kata jutaan terima kasih kepada ahli2 peka yg hadir pada malam ini, sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya dan yang terbaik itu datang dari Allah s.w.t
Salam..

Mohd Haniff Mohd Sani
Timbalan Presiden PEKA 2011

2 comments:

Tok Gajah..

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...