Showing posts with label Cinta Ke??. Show all posts
Showing posts with label Cinta Ke??. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Adakah Itu Jodoh..




JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah.. 

Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat.....kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup... 

~ Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi...;)

Friday, May 11, 2012

Lelaki Itu Adalah Imamnya..


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. 

Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . 
jadilah, PERMAISURI HATINYA,
 PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA,
 PENGUBAT RINDU dan LARA




Thursday, February 16, 2012

Kenapa Aweks2 patut Menyesal Jika menolak Lamaran Seorang Jurutera AWAM..


tadi aku blogjogging tau
pastu terjumpa la entry yang menarik ni
btw ni ada kene mengena dengan future aku kan
kenapa dan kenapa
why and why they should married with civil engineer

the reason is:

#1.Stail-Hidup; Simple

    Lately aku perati, member-member aku ni yang keje engineering ni selamber derk je pakai jeans.Pakai jeans ni memang cool. Budak nerd pakai jeans nampak cool, apatah lagi orang beser2 ni. Keluar keje, kalau tak jeans+kemeja, mesti jeans+t-shirt berkolar, tak pun seluar khakis atau ...apa-apa saja asalkan bukan seluar slack..Pakaian  eksekutif ni pun pakai bila waktu meeting , jumpa client, CEO, ngan dinner. 
Jika ini standart jurutera2 kat Malaysia, ini satu berita baik buat bakal2 isteri jurutera.Kurang sudah satu keje. Tak perlu susah-susah bangun pagi, seterika seluar.bagai.Waktu di pejabat kadang-kadang jurutera pun sebat pakai jeans jugak, jeans hitam, straight-cut..

Kiwikan kasut? tak perlu -tak perlu, sebab dorang cuma sarung timberland je, tak pun camel active.


ini adalah realiti, kasut yang aku pakai camel active, 
nak pakai timberland tu belum sampai masanya lagi hehehe

#2. Dedikasi+Komited

    Seorang jurutera pasti saja menghabiskan segala usaha , tenaga, masa, mahupun perahan otak, untuk memahami suatu sistem yang kompleks, dan pastinya komited dalam setiap projek yang dipertanggungjawabkan.Katakanlah dalam suatu slump-test, seorang jurutera awam sedaya-upaya memastikan nisbah paling ideal untuk agregate ,pasir, simen, admixture dan air supaya konkrit terhasil optimun dan sesuai untuk binaan dan keadaan.
    Begitu juga dalam memenangi hati wanita,mereka sedaya-upaya mencari nisbah supaya sekurang-kurang korang sayang kepada mereka.10kuntum Ros + 1Beg Gucci + 5 hari Snorkeling kat Tioman + 1 Set dinner kat Hyat Regency + 2 Dendangan Lagu Anuar Zain sendiri (Lelaki ini &Ketulusan Hati) = senyuman/(sebulan x semalam);
    Maka itulah yang jurutera itu akan buat berulang2 kali, lagi , lagi dan lagi .

    Sampailah isterinya tu bosan, maka sekali lagi dia akan mencari nisbah-nisbah, serta teori- teori yang tak masuk akal, semata-mata untuk tawan cinta isterinya itu semula. Hati wanita memang komplikated, tapi itu lah cabaran., dan jurutera memang sukakan cabaran.



#3. Tak Pandai Menipu

   Dalam kilang TV Plasma misalnya, katakalah ada satu batch tv yang takleh on. Cek-cek sumer ok. Ye tak ye , satu production kene recall balik.Rupa-rupanya, power-suply problem.Of course,management akan spot-check kat power- supply department, dan orang akan ditanya ,jurutera bahagian tu.
Dah nama manusia , sememangnyalah tak boleh lari dari kesilapan.  But the way they approached to the truth is based on the fact depan biji mata,...and it happens sudden!! . Jadinya, ini membuatkan jurutera memang tak terlatih untuk menipu dan putar belit alam. .Kalau dia menipu gak, nampak sangat dia menipu, sebab hati dia tak tenteram.


#4.Bijak Melepaskan Tekanan

Dan ia bukannya pada orang.
   Bajetla,kerja ape takde tekanan. Kerja Jaga pun tension tau.Tapi engineer biasanya akan mencari objek yang setanding dengan tekanan yang dihadapi.Sebagai contoh, yang keje kat kilang, dipicit-picitnya main suis kat power generator .Yang kat off-shore, ditumbuk-tumbuk boiler ngan batang paip kaki gajah,Yang kat tapak pembinaan, diterajangnya mesin pembancuh simen,..takpun ditempeleng mat-mat indon tu sorang-sorang.
   Maka selamatlah anda,si isteri dia nanti kat rumah, dari kene tempias tekanan dia, bahkan anda takkan perasan dia tengah tensen, sebab lebih separuh daripadanya sudah pun tertinggal kat tempat kerja.

Mat indon orang la kan?..hehehe

kat site aku xde indon
bangla ada la.. 
nak marah kadang2 kesian huhu


#5.Rupa

Practically handsome, tapi dia tak perasan yang dia tu sebenarnya handsome..

Ini penting bagi wanita yang kuat cemburu .
Jurutera tahu hensem seorang lelaki itu bukan terletak pada rupa paras .Sebab itu lah jika ada gadis-gadis luar sana yang merenyam yang tackle dia , biasenya akan puji ;" Awak ni bukan takat hensem, tapi baik hati, gentleman...." ,. Tak termakan derr puji-pujian camtu, walaupun yang puji tu gadis kacukan kucing macam Nora Danish.
Selamatlah lagi anda.

Tapi kalau anda pulak yang nak puji, cmne pulak ye?

Puji apa yang dia buat, hasil kerja tangan dia. Lagi2 yang 1st timer .Contohnye macam ni;
"Walaupun  pakai dua perencah, nasi goreng awak ni asli betullah, satu lidah rasa,kemas je tak berketul-ketul, Ayam, sayur, ikan bilis, tak lebih tak kurang, sekali suap, rasa semua. Cume pedas skit dari yang  restoran Rasa Sayang kt simpang tu punye,yang lain ok dah "- detail and precise.
Selit-selit kutuk takpe, nampak sikit kejujuran dalam kepujian.hoh.


Friday, February 10, 2012

Love Is Cinta..



love is cinta?
tiba2 je kan..
aku tertarik dengan 1 entry ni
tajuk dia tanda seorang lelaki jatuh cinta
nak baca tak??


Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :
.
Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa
.
Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap
.
Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya
.
Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang     meluap-luap
.
Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya
.
Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga
.
Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya
.
Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya
.
Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain
.
Love  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja
.
Love  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya
.
Love  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama
.
Love  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya
.
Love  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri
.
Love  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya
.
Love  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya
.
Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )
.
Love  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain
.
Love  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya
.
Love  20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya
.
Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku )
.
Love  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya
.
Love  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan tetapi dia sanggup 


yg aku bold ni sebenarnya ada la sikit2 tempias kat aku..
emmm... bila la nak rasa bercinta lagi ni huhuhu...

Monday, November 14, 2011

Quote For Today...

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….


Monday, September 5, 2011

Cinta Kau Dan Aku By Siti Rosmizah


Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya...


"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.


"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.


"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."


Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. 


Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.

Thursday, August 25, 2011

Hukum bercumbuan lelaki & perempuan tanpa ikatan perkahwinan..







Kerap kali kita melihat pasangan bercinta ini bercium tanpa rasa segan silu. Tetapi apakah sebenarnya hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Dan adakah ini berdosa besar?

Sebenarnya, perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu;

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;
1. Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
2. Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
3. Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)



sumber

Saturday, August 20, 2011

10 Perkara Jangan Beritahu Kepada Wanita

top secret not scarlet okkk hahaha

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi

Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.


2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini

Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.


3. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”

Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.


4. Anda punyai hobi yang pelik

Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.


5. Jangan jadi ‘anak emak’

Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.


6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu

Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.


7. Simpan rahsia kelemahan anda

Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.


8. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”

Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.


9. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”

Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.


10. Dia tidak disukai keluarga anda

Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

Thursday, August 4, 2011

Doaku buat kekasih

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Tuesday, June 28, 2011

tinta ''KETIKA'' untuk semua...

Salam semua..
 tadi bila tengah2 berblogjogging sy tertarik dgn 1 entry ini  tinta "KETIKA" untuk semua
 so saya ingin kongsi dgn anda semua...

 Bersedialah untuk saat dan detik ketika.....


Ketika akan menikah
  • Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
  • Janganlah mencari suami, tetapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 
Ketika melamar
  • anda bukan sedang meminta kepada orangtua/wali si gadis, tetapi meminta kepada tuhan melalui orangtua/wali si gadis. 

Ketika menikah



  • Anda berdua bukan menikah di hadapan tok kadi /penghulu, tetapi menikah di hadapan tuhan. 

Ketika majlis pernikahan



  • Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, karena anda harus berpikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berpikir untuk bercerai karena menyia-nyiakan doa mereka. 

Sejak malam pertama


  • Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat 

Selama menempuh hidup berkeluarga


  • Sadarilah bahwa jalan yang akan dilalui tidak melulu jalan bertabur bunga tapi juga semak belukar yang penuh dengan onak dan duri 

Ketika keadaan rumah tangga kucar kacir.


  • Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegangan tangan. Kerana Tuhan ciptakan celah antara 5 jari manusia,untuk genggaman erat antara manusia…

Ketika belum memiliki anak


  • Cintailah isteri atau suami anda 100%. 

Ketika telah memiliki anak


  • Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 

Ketika ekonomi keluarga belum kukuh..


  • Yakinlah bahwa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

Ketika ekonomi kukuh.


  • jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 

Ketika anda adalah suami


  • Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda. 

Ketika anda adalah isteri


  • Tetaplah perjalan sebagai isteri dengan gemulai dan lemah lembut, tetapi selalu berjaya menyelesaikan semua pekerjaan. 

Ketika mendidik anak


  • Jangan pernah berfikir bahwa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, karena orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak. 

Ketika anak bermasalah


  • Yakinlah bahwa tidak ada seorang anakpun yang tidak mau bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak di beri perhatian oleh orangtua nya. 

Ketika memilih potret keluarga


  • Pilihlah potret keluarga yang berada dalam proses pertumbuhan menuju potret keluarga beriman. 

Ketika ingin suasana harmonis:
 
Gunakanlah formula 6 k :


  •  Ketakwaan
  •  Kasih sayang
  •  Kesetiaan
  •  Komunikasi romantis
  •  Keterbukaan
  •  Kejujuran


Tuesday, June 7, 2011

Bebaskan Cinta Mu

Ramai orang yang mengaku menyintai orang lain – isteri atau suami atau sesiapa sahaja, tetapi hakikat sebenarnya dia bukan menyintai orang itu… tetapi dia menyintai dirinya sendiri!
Sedarlah bahawa cinta dengan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu. Ramai pasangan suami isteri ‘terkorban’ cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan ‘memiliki’.
Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itu itulah yang diutamakan. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan cinta. Itu memperalatkan cinta, namanya!
Mencintai itu membebaskan, manakala memiliki itu cenderung mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang ‘mengawal’ suaminya atas nama cinta. Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. “Bila nak balik?” “Kenapa lambat?” “kalau abang tak balik lagi, saya akan…” Bolehkah itu dikatakan ‘ayat-ayat’ cinta? Maaf, pertanyaan itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.
Suami pula apa kurangnya. Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga. Setapak isteri melangkah, menggelak cemburu di dalam dada. Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri. Salah sedikit, marah. Terlanjur sekejap, ugutan. Bila ditanya, mengapa? Sisuami tidak malu mengaku, “kerana saya terlalu cintakannya!” Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri. Kesihan, siisteri menjadi sandera cinta. Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya. Ah, ada benarnya kata bijak-pandai… kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!
“Queen control” atau “King Control” adalah produk cinta yang palsu. Cinta yang diselaputi kepentingan diri. Kulitnya cinta tetapi isinya keegoaan diri. Seperti seorang pemilik burung tekukur – diberi makan, diberi minum, dibersih dan dimandikan, dilatih berlagu – tetapi dikurung dalam sangkar. “Ini burung kesayanganku,” akuinya di hadapan tetamu. “Suaranya sungguh merdu,” puji tidak henti-henti. Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas. Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.
Ah, cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini oleh kita bukan yang diingini oleh pasangan kita. Apa gunanya sangkar emas, makan-minum yang mewah, kemampuan berlagu, pada tekukur yang dibelenggu? Kalaulah terkukur boleh bersuara, dia akan berkata, “jika benar kau sayangkan aku wahai tuanku, bebaskanlah aku.” Walaupun tertukur tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu, bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar memahami dan merasai jika kita benar-benar mencintai. Bukankah kekasih sejati itu selalunya bertindak memahami dahulu kemudian baru difahami?
Betapa ramai isteri yang dikurung dalam villa atau istana, yang dilimpahi intan dan permata, diberi segala dan semua… tetapi dinafikan suara hatinya. Betapa ramai pula sisuami yang dijaga makan-minumnya, disiapkan pakaian dan segala keperluan lahirnya, tetapi sering disakiti dengan kata perintah, rajuk dan amuk oleh isterinya. Pelik, ketika suami belum pulang, segalanya dirisaukan. Sudah makankah dia? Kenapa lambat, rosakkah keretanya? Agaknya bagaimana dia di permusafiran? Sakitnya? Letihnya? Semuanya seakan menghantui perasaan siisteri. Tapi bila suami yang dibimbangi itu pulang… belumpun melangkah pintu, sudah dihambur dengan wajah masam mencuka, sudah dileteri dengan kata-kata yang berbisa.
Sudah lama tidak ziarah ke rumah mertua. Sisuami tahu hakikat itu. Boleh jadi sudah berbulan-bulan, boleh jadi telah bertahun-tahun. Siisteri memendam rasa. Ingin bersuara takut disentak. Ingin meminta gerun dibentak. Boleh jadi akan ‘diboikot’ dengan diam memanjang hingga ‘mode silent’ begitu menyiksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Tetapi kononnya kerana masih cinta, lalu diajak siisteri ‘ziarah’ ke ‘shopping’ komplek atau singgah di kedai emas, dibelikan subang dan rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan. Jangan, jangan begitu, dahaga rindu bukan emas dan perak galang gantinya.
Belajarlah membebaskan, bukan mengikat sewaktu bercinta. Khususnya, bagi pasangan yang telah lama berumah-tangga, prinsip ini mesti difahami sebaik-baiknya. Apabila usia perkahwinan semakin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar – cinta yang melepaskan bukan mengikat. Ketika warna sebenar (‘true colours’) pasangan kita semakin terserlah hari demi hari, mampukah kita bertahan lagi? Bolehkah kita bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan yang ketika itu sudahpun masuk belasan bahkan puluhan tahun kita hadapi?
Sudikah kita memberi peluang kedua, ketiga bahkan tidak kira kali keberapun untuknya memperbaiki diri? Jika sudi, benar kita masih cinta. Namun jika jemu, jika enggan, jika bosan itu petanda kurangnya rasa cinta. Ingatlah, jika pasangan kita ada karenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita sahaja yang diperkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap karenah kita juga wajar dipertimbangkan. Ingat selalu, suami adalah cermi siisteri dan begitulah sebaliknya. Hubungan kesalingan ini menunjukkan bahawa bagaimana perangai dan akhlak kita maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita!
Jadi, jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Sedarlah bahawa kelemahan ataupun keburukan yang ada pada pasangan kita itu sebenarnya, bukan sahaja tidak diingini oleh kita tetapi juga oleh mereka. Mereka pun pada hakikatnya sedang berhempas pulas untuk mengatasi kelemahan atau keburukan itu. Kalau begitu, adalah lebih baik sekiranya kita membantu daripada ‘membuntu’ mereka.
Malangnya, hal diatas jarang berlaku. Kebanyakan orang tidak sabar dengan karenah pasangan mereka. Keceriaan dan ketenangan hidup terasa semakin terhakis oleh tabiat buruk pasangan. “Abang, saya hilang bahagia kalau abang berterusan marah-marah begini.” “Kalau you buat muka masam macam ni, I tak da pilihan. I terpaksa keluar ‘enjoy’ dengan kawan-kawan.” Kekadang suara begitu diperdengarkan. Tetapi acapkali dipendamkan. Kata-kata itu atau yang seumpama dengannya membayangkan penuturnya hilang ‘interest’ dengan pasangannya. Kata orang, habis manis sepah dibuang. Padahal, telek-teleklah kenapa suami puan muram, kenapa isteri tuan masam… Mungkin akibat beban kerjanya dipejabat. Mungkin impak perangai anak-anak di rumah. Atau yang lebih parah lagi, mungkin kerana karenah puan atau tuan sendiri. Masya-Allah.
Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya. Kalau sesuatu itu tidak membawa manfaat kepada kita, apa guna lagi untuk meyimpannya? Begitulah cinta kalau tujuannya hanya untuk memiliki. Tetapi kalau cinta itu bukan untuk memiliki, kita akan terus cinta tidak kira apa jua keadaan pasangan yang kita cintai itu… Barang yang hilang fungsi bukan untuk dibuang, tetapi untuk diperbaiki. Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan keburukan atau kelemahan pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai, aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat!
Ah, betapa hebatnya sebuah kisah cinta seorang ahli sufi terhadap isterinya. Kisah yang menyebabkan saya termenung dan merenung begitu lama. Pada hari kematian isterinya barulah masyarakat tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang yang cacat… Dia hanya ‘berlakon’ cacat hanya untuk menjaga maruah dan harga diri isterinya yang benar-benar cacat. Berapa lama dia berlakon begitu? Puluhan tahun! Subhanallah. Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang melepaskan belenggu psikologi, penjara jiwa dan rantai fikiran yang boleh menghilangkan kebahagiaan daripada diri pasangannya.
Tidak ada cinta seikhlas cinta Allah. Allah yang Maha Kaya itu tidak memerlukan sedebupun manfaat daripada hamba-Nya. Dia Al Qawwi, Dia Al Ghani… Tuhan maha Perkasa dan Tuhan maha Kaya, Tuhan tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan-Nya. Justeru, cinta-Nya benar-benar suci kerana hakikatnya Allah tidak inginkan sebarang balasan ataupun ganjaran.
Ya, Allah memang memiliki… tetapi DIA bukan membelenggu. Cinta-Nya membebaskan. Untuk bebas dariapada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikanlah cinta Allah sebagai asas dan di atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta, walaupun kepada isteri atau suamimu!

Biodata Kolumnis
Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.

Tuesday, May 24, 2011

perempuan baik untuk lelaki yang baik?

salam
sebelum ada yang cuba nak buat andaian sendiri, aku nak cakap dulu yang aku ni bukan ustaz.. 


Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.

Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?

Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.

Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

sekadar gambar hiasan
kalau ramai yang menganggap Allah telah menjanjikan pasangan yang baik kepada orang baik dan pasangan jahat kepada orang jahat, sebenarnya anda telah tersalah.. habis kalau tiba-tiba anda dapat pasangan yang jahat, anda nak salahkan Allah kerana mungkir janji? anda yang telah tersalah faham ok.. situasi seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat kita..

contohnya kawan aku sendiri pernah berkata "abang aku seorang yang baik dan alim, tapi kenapa isteri dia perangai macam taik? kan lelaki baik untuk perempuan baik?" nak contoh lain lagi? yang ni aku pasti ramai tau "seorang artis perempuan terkemuka di malaysia dahulunya seksi tapi selepas berkahwin dengan ustaz, sampai sekarang dia tidak pernah mendedahkan aurat dia" :)

untuk lebih jelas lagi, kita perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:

"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."

Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.. Ia dimansukhkan oleh Allah s.w.t dalam Surah an-Nur; ayat 32 dan 33 yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang."

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.

Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.

Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu..

dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.. kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.. ini adalah dakwah.. ini bukan isu terima 'bekas orang' ataupun terima orang jahat.. kalau anda tidak mampu melakukan itu, carilah pasangan yang anda rasakan sesuai untuk anda..

dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.. kalau tidak, berdosa.. sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.. even 'bekas orang' pun kalau dia sudah bertaubat, dia lebih bersih dari yang belum bertaubat.. tetapi masyarakat kita tidak boleh menerima hakikat ini..

lagi sekali aku nak tegaskan dalam entry ini, aku bukan menulis entry ini untuk menggalakkan zina dikalangan masyarakat.. zina itu haram dan boleh mendatangkan banyak permasalahan terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. kalau pernah terlanjur dan sudah bertaubat, life must go on :) ingat tu..

** p/s  : kalau anak-anak anda nanti nakal dan pernah terlanjur, sudah pasti anda nak bagi pasangan yang baik kepada anak anda agar pasangan dia mampu didik dia kan? 

Tok Gajah..

Daisypath Friendship tickers

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...