Showing posts with label Aku Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Aku Sendiri. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Penang.. Jalan2 cari makan..

Lepas jalan2 kat taiping esoknya kami ke penang pulak.

Jalan2 cari makan katanya haha. 1st tempat kami nak pegi bukit bendera. Guna waze jumpa penang hill then ikutla direction yg waze bagi.

Skali salah tempat la. Waze bawak kami kat taman bunga kat penang. Hampeh btol. Tapi guna waze lagi. Jumpa bukit bendera tp akhirnya jumpa jalan mati. Last2 tnye aunty kat shell. Baru la jumpa.

Sampai kat bukit bendera ya ampunn ramai banget manusia. So tak jadi la nak naik bukit bendera. Nasib baik tak sia2 ke situ sebab jumpa branch jeruk pak ali yg masyur. Jeruk mangga pak ali terbaekkk tok..

Pastu kami teruskan perjalanan untuk mengisi perut yang lapar di  nasi kandar line clear baek punya. Pusing punya pusing akhirnya jumpa gak. Kat situ jumpa akak gua sorang lagi. Terbaek nasi kandaq kat situ. Gua amek lauk ayam, sotong dgn udang. Rm25 puas hati gua makan kat situ. Ramai sgt org kat line clear ni dari semua pelosok rakyat malaysia.

Lepas makan kami gerak balik klang. Otw tu anak2 akak gua dah meracau2 nak main air haha. Terpaksa la abag ipar gua singgah kat bukit merah laketown resort. Tak sangka gua pun terlibat sama haha. Best woo main air kat bukit merah ni. Ada tips berguna, kalau korang nak main air kat sini korang sewa la pelampung sebab xlarat woo nak jalan atas air haha..

Otw back kami singgah kar rnr bukit gantang beli buah jambu dgn limau barli. Sempat jamah durian kampung perak. Makan malam dlm kete haha nasib baik kereta besar..

Taiping.. Here i come..

Salam semua..
Last week gua ada trip ke taiping bandar warisan sebab ada kenduri kawin adik abg ipar aku merangkap besan bapak gua haha belit2 x. Kenduri kat dewan perbandaran taiping pada sabtu lepas. So kami bertolak dr rumah bersama kakak gua kul 9 lebih. Disebabkan hujan sepanjang perjalanan kami sampai di taiping dalam pukul 1 lebih. Ni 1st time gua jejak taiping so nak tgk gak apa yang menarik kat bandar taiping ni.
Bandar yang best, old skool, aman tp sistem jalanraya yg agak xteratuk sikit maybe nak kekalkan keaslian bandar warisan ni kot. Time kenduri ni bapak gua jumpa kawan dia masa bujang2 dulu, masa batalion 10 pph kat bukit galing kuantan. Almost 30 years xjumpa so bila berjumpa banyak cite yg dikongsikan.
Lepas kenduri kami ke hotel pulak. Hotel taiping perdana. Lepak2 jap pastu petangnya kami gerak ke kuala sepetang. Gua tau kuala sepetang ni tempat paya bakau then tempat penghasilan kayu arang. Rupanya ada tempat makanan mee udang banjir yang sedap. Kami menuju ke kedai mee udang mak jah, elok je sampai pekerja kat situ bgtau mee udang abes. So takde rezeke nk makan mee udang mak jah, net time lah. Then kami pergi pulak kat kedai mee udang banjir mak teh, nak rasa gak mee udang. Not bad la, udang fresh.
Malam tu kami tak keluar, sebab masing2 kekenyangan lagi cuma adik gua keluar dengan kawan dia. Sempat gak la dia pusing2 bandar taiping. Dia tapaukan sotong kangkung, abc buah pastu gambar restoren kuew tiaw doli.

Friday, September 20, 2013

Keboringan..

Bila lepak sorang2 ni mudah untuk kita muhasabah diri sendiri kan. Tak banyak nak kongsi sebenarnya dan tak tau nak kongsi ape haha. Hidup umpama roda tikanya kita berada diatas dan ada kalanya kita berada dibawah. Sebelum kita berasa dibawah perlu lah sentiasa beringat apabila berada diatas. Apa yang aku mengarut pun aku tak tau.
Kadangkala jangan merasakan diri kita sentiasa perlu dihormati, kita perlu menghormati diri sendiri jika mahu org lain menghormati kita. Jangan rasa besar kepala atau tidak boleh disentuh atau ditegur. Apa yang aku mengarut ni haha. Ni tiada kaitan antara yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Macam2 ragam manusia kita boleh lihat terutamanya disekeliling kita. Ada yang suka meraih simpati, ada yang tergedik2, ada yang macam2 lagi lah hahaha.
Tapi itu lumrah kehidupan

Friday, February 8, 2013

V.P.R.U.C


viper kepada phoenix??
penubuhan group atau club rugby ni merujuk kepada gabungan bekas-bekas pelajar atau lebih tepat lagi bekas pemain rugby SEKOLAH MENENGAH CLIFFORD KUALA LIPIS
tolong jangan rasa diri anda seorang STAR atau bagus sangat untuk menukar nama club sesuka hati, btw dalam rugby takde pun STAR ok!!
siapakah anda untuk membuat keputusan??
kalau nak publisiti murahan pun pls la bukak group atau club lain
mostly member dalam club tu adalah EX-CLIFFORDIAN
aku bercakap ni diatas kapasiti player yg pernah bg CUP kat sekolah
jangan ambil jalan pintas dengan cara ko buat ni
aku tak setuju sangat


'viper' ni dah lama dah senior2 aku bg nama kat team 




ni logo dan nama baru

tolong jg maruah rugby clifford
respect pada senior2 anda yang menaikkan nama rugby sekolah

salam rugby
num8er 2003-2004



Sunday, January 27, 2013

Ragbi Cllifford... part 1



1st game aku, lawan Sultan Sulaiman Kuala Terengganu kalo tak silap tahun 2002 kot

bergambar dulu haha, skuad ni tak mantap sebab baru je tubuh balik selepas di haramkan oleh pihak sekolah tapi brother2 otai ni banyak ajr aku macam mana nak main ragbi.. thanks to bro limi my idol number 8

ni lepas game lawan sultan sulaiman, kat tepi pantai mana ntah..

ni kat padang keramat haha padang clifford, draw game ni.. lawan sekolah dari kuala krai.. 1st time aku di list kan sebagai 1st 15 haha.. dulu pakai jersi no 1 haha prop la katakan

line-out
aku terselindung pulak

ni tahun 2003, dah tukar posisi masa ni, aku main no8, game ni a week after balik dari mssp tak dapt perform game ni sebab injured lutut, tak recovery lagi time ni

ni game kat kuala krai, padang macam padang pasir.. last game aku tahun 2003

ni gambar header blog aku haha, epic kot gambar ni, bola tu melantun then aku sambut nak swing kat scrum half zaim yang pakai jersi no9 tu

ni kema pemain terbaik perlawanan akhir liga pahang tahun 2004, sekarang cikgu kat clifford

jersi kami macam NS wanderers

semangat giler time ni, main kat padang keramat clifford

tahun 2004 main liga pahang lawan Sekolah Ahmad, Pekan
game ni aku terhantuk kuat dengan no8 dorang
terduduk gak la aku tahan pening

masa ni lawan teknik lipis
tengah mintak peruntukan dari sekolah
seluar pun kawen2 haha siap ada seluar man united la mizuno la haha
semua ni kenangan

Sunday, May 20, 2012

12 Tahun Dikau Pergi Tinggalkan Kami..


Rasulullah saw bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya." (HR.Muslim)


Al-Fatihah untuk ummi... 12 tahun dikau pergi meninggalkan kami..



rindu umi sangat...

20/05/2000 - 20/05/2012

al -fatihah

umi.....
hanya titip-titip doa
dan fatihah anakmu ini menjadi hadiahkan padamu
semoga doa dari anakmu ini menjadi bekalan untukmu..

umi...
12 tahun yang penuh ranjau duri anakmu hadapi dengan tabah
kadang-kadang tergelincir tanpa bimbingan
kembali berpaut dengan berdoa padaNya

umi...
ingin ku sampaikan rindu abah kepadamu
ingin ku sampaikan rindu kekanda kepadamu
ingin ku sampaikan rindu adinda kepadamu
ingin ku sampaikan rindu cucunda kepadamu
ingin ku sampaikan rindu aku kepadamu
hanya bacaan Yassin menjadi pengubat rindu

umi...
pemergianmu di terima dengan redha
semoga dikau tenang disana
bersama-sama kekanda Maya Shafira

maaf pada abah, kak yus, kak lin, kak lina, kak jaja, kak acem, hawa dan anak-anak buah daku sekalian kerana tidak dapat balik untuk kenduri arwah umi..
hanya titip-titip doa daku hadiahkan pada umi tersayang..
semoga roh arwah umi dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang yang beriman...
menanti di pintu syurga menunggu kita semua bertemu insyaAllah.. 

al-fatihah..


Sunday, May 13, 2012

Terima Kasih Tanjung Balau... 5-6/5/2012



last trip maybe for our friendship sob2
best moment ever with kerol, juli, noel, eda, atiq, ekin & jiha (sis ekin)
hope this friendship still in our heart =)
"TERIMA KASIH TANJUNG BALAU"

juli kelalakar la haha.
 lokasi: tanjung balau
actually ni kali kedua aku bercamping kat sini, 1st dulu dgn dak2 class, bakar2 ayam gak, dua kali pegi sini aku xmandi kat pantai ni hoho

leher pendek haha
sebelah aku ni kerol, mastermind untuk trip kali ni,
last trip katanya sb pasni assignment berlambak kene setelkan

macho la brader ni haha... scandal?? oppsss
macam gergasi dengan semut kan hehe
beauty and the beast

Azyyati & Ashikin
kalau ku pilih disini apa kata di sana, kalau ku pilih disana apa kata di sini.. perlukah aku pilih keduanya, bahagi kasih seadil-adilnya hahaha (sekadar nyanyian) =)

pasang khemah

pasang khemah lagi. kepakaran SUKSIS digunakan untuk memacak khemah yang menjadi kontroversi hahahaha

bakar2 ayam.. ada nasi goreng + mee hoon + sosej + cheese cocktail = sedap nyum2

khemah mereka ( ada budak merajuk sebab tak dapt tido dalam khemah yang berkarpet hoho, konon tunjuk perasaan la bawak bantal ke tepi pantai nk tido kat situ, dari kul 2.30 sampai la kul 4.45 baru la nak naek tido dalam khemah, tp best la sebab dapat tgk bunga api, pastu dapat kentut org tu kan hahahahahah) moral of the story: jgn buat perangai depan kawan2.. 

sunrise tanjung balau

sunrise lagi

breakfast sambil tak gosok gigi hoho
"comel tp makan banyak" kata jiha kepada ekin hehe

senyuman bermakna? terima kasih tanjung balau =)

ekin & jiha@adira hehe

desaru... sunburn
abes ketiak aku terbakar hoho

macam ada anak dugong je tu haha
lokasi: Desaru

straw tu tak leh blah haha

terima kasih banyak2 pada family ekin especially mak ekin sebab mensponsor ayam utk dibakar, 1st trip je dpt, 2nd kene bayar k haha, terima kasih jugak sebab menyediakan hidangan nasi goreng dgn mee hoon goreng yang sedap serta air masak hehe.. guys, this moment will be remember, hope after 5 years kita gather-gather lagi nk hoho, tyme tu bawak family masing-masing, kita tengok siapa pasangan masing-masing  hehe =)

again

"TERIMA KASIH TANJUNG BALAU 5-6/5/2012"



Tok Gajah..

Daisypath Friendship tickers

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...