Sunday, March 27, 2011

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *



Friday, March 25, 2011

Road to.....

Salam..
Road to.... entry kali ni saya nk berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan percutian saya ke Singapura huhu... ini negara kedua saya lawati di rantau asean... saya kagum dengan kebersihan temasik ini, bermula dari pusat imegresen sehinggalah ke sentosa island, kebersihan menjadi keutamaan.. destinasi pertama saya adalah ke marina bay, tempat dimana berlangsungnya F1 diwaktu malam serta eye on singapore.. disini juga terletaknya Merlion.. iaitu tugu ikan berkepala singa mengeluarkan ayor huhuhu ( deyot yang cakap )
@merlion park... kluwor ayor tu huhu
@marina bay: F1 circuit
ada satu bangunan ni yang buat aku kagum.. dorang leh buat structure kapal atas tu huhuhu

Las Vegas Asia...


lepas puas berjalan-jalan kat marina bay saya bergerak ke arab street... lebih kurang macam kat central market gak la.. ada jual cenderahati... ada la saya beli t-shirt dengan key chain.. sume skali 20 dolar singapore huhu....

arab street..
lepas beli barang cket saya bergerak ke sentosa island.. kat sini la tempat yang ditunggu2.. huhu ada universal studio, casino and yang paling best kat siloso beach huhuhu....

universal studio



songs of the sea


siloso beach


andai takdir kita bersama lagi ku ingin hidup bahagia bersamamu...

Thursday, March 17, 2011

Permata Hati

Salam..
 semenjak dua menjak ni entry saya berkisar berkenaan dengan kesihatan lelaki kan? bukan apa, just nk share dgn korg sumting yang agak penting tapi tak beberapa penting bagi sesetengah orang terutamanya makhluk yg bergelar LELAKI..

entry kali ni saya nk share cket berkenaan permata hati saya.. hehehe bukan gurl2 yang cun2 tau tapi jeng.. jeng.. jeng.. huhu.. anak2 buah saya lah.. dorg ni tempat saya curahkan kasih sayang saya.. uncle@paman yang tunggalkan hhehe... saya ada 13 orang ank buah.. 7 lelaki 6 perempuan.. yes!! lelaki lg ramai huhu, yela maklumlah saya ni sorg je lelaki dalam family..

Adillah Syaqierah 13 tahun.. iya dah dewasa hehehe
saya sayang dorg sume.. baru2 ni dapat sorg lagi anak buah huhu welcome Megat Ahmad Baqir to our family!!
yasmin batriesya n adelina naufal..
hero kakaku yang sulong.. aqmal darwisy
kak lin+irfan+irsyad
kak lin+nur irdina zahra+kak ucu+ammar hayyan
haziq+ayra+haikal+paman
kakak huhu
dak bucuk ammar hayyan
awe+nur amani husna
megat ahmad baqir

Wednesday, March 16, 2011

Angin Pasang..

ANDA perasan, ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang. Benjolan itu timbul semasa anda batuk, bersin, berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal lain.
Namun, ia tidak kelihatan seolah-olah bersembunyi dan menghilangkan dirinya apabila anda berbaring mahupun terjaga dari tidur pada waktu pagi keesokan harinya.
Lazimnya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesakitan, cuma rasa agak kurang selesa, malah ada benjolan yang masuk semula dengan sendirinya.
Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat.
Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan.
Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.
Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut. Inilah dia. Pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia.
Walaupun namanya boleh sahaja membayangkan seorang perawan dengan rupa paras yang menarik, hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghidapi hernia, 1:10.
Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi, Hospital Pakar Putra (Batu Pahat), Johor, Dr. Chan Kin Yoong berkata, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.
‘‘Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.
‘‘Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar,’’ ujar beliau.
Nama penyakit ini berasal dari bahasa Latin, herniae, yang bererti penonjolan isi suatu rongga melalui tisu nipis yang lemah pada dinding rongga itu.
Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar berupa bahagian dari usus,
Menurutnya, umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan lebih sering dialami kaum Adam berbanding Hawa.
‘‘Ini terjadi kerana adanya perbezaan proses perkembangan alat reproduksi lelaki dan wanita semasa janin.
‘‘Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
‘‘Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu dapat menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia,’’ kata Dr. Chan.
Pesakit sering mengeluh adanya benjolan yang tidak menyakitkan namun cukup mengganggu, bergantung berapa besar penonjolannya. Penonjolan muncul kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut, menyebabkan penonjolan di tempat yang lemah.
Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.
Mengulas lanjut, katanya, hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan, yang merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan.
Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama.
‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.
‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.
‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya.
Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu.
Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit.
Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar.
Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak.
‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya.
“Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’
*Rawatan
Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya.
‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan.
Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks.
Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada.
Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi.
‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya.
Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum).
Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh.
Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat.
‘‘Pada kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya.
‘‘Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus.
‘‘Akibatnya, tidak hanya cairan yang keluar, usus pun dapat keluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia,’’ ujar Dr. Chan sambil menambah, pada kanak-kanak, tindakan hanya ditujukan untuk menutup lubang.
Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya.
Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah.
Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan.
Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk.

Elakkan hernia berulang

PESAKIT hernia boleh mengalami penyakit itu semula dalam masa beberapa bulan atau setahun selepas dibedah. Hal ini mungkin akibat pembedahan yang dilakukan.
Namun, bila ia terjadi setelah dua tahun atau lebih, nampaknya terjadi kelemahan fascia (tisu perantara yang membentuk sarung bagi otot-otot dan lapisan perlindungan yang mengelilingi organ lembut ataupun mudah tercedera tepat di bawah kulit) yang progresif.
‘‘Hati-hati bila hernia berulang. Kemungkinan besar hernia berkembang menjadi hernia inkarserat dan terjerut.
‘‘Untuk mencegahnya, pesakit harus menghindari hal-hal yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut misalnya batuk dan bersin yang kuat, sembelit, meneran serta mengangkat barang berat,’’ saran beliau.
Misalnya, menghindari batuk-batuk yang berterusan dan berhenti merokok bagi pesakit yang mempunyai tabiat buruk itu. Sekiranya sukar membuang air kecil atau besar, jangan sampai meneran. Sebaliknya segera berubat dan diatasi dulu.
Andai pekerjaan pesakit membabitkan mengangkat beban berat, minta agar diberikan tugasan lain atas alasan perubatan. Pada wanita yang obes, dianjurkan mengurangi berat badannya.
Kesimpulannya, yang penting adalah menangani hernia sejak peringkat awal dan mengambil langkah- langkah pencegahan risiko lanjutan.
Jenis-jenis hernia
Terdapat beberapa jenis hernia yang biasa ditemui. Namanya disesuaikan mengikut tempat kejadiannya pada tubuh. Kebanyakannya berlaku di abdomen.
* Hernia inguinal (pemecahan) paling kerap ditemui di mana penonjolan sak peritoneum yang mengandungi lemak atau sebahagian usus, melalui dinding abdomen bawah (pelipat paha)
* Apabila sebahagian usus menonjol pada bahagian atas paha melalui titik arteri femoral dari abdomen ke paha, ia disebut hernia femoral. Wanita lebih banyak mengalami hernia jenis ini
* Di pusat, hernia umbilikal, paling biasa di kalangan kanak-kanak
* Di sekat rongga badan digelar hernia berdiafragma kongenital, kecacatan sejak lahir yang selalunya memerlukan pembedahan
* Hernia insisional, yang terjadi selepas pembedahan. Ini kerana, pasca pembedahan biasanya kekuatan tisu tidak seratus peratus kembali seperti semula. Bahagian itu kemudiannya menjadi lemah dan boleh mengalami hernia
* Hernia hiatus, satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan) yang menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.
* Hernia inkarserat, hernia yang bengkak dan tetap di dalam saknya
* Hernia takterturunkan adalah hernia yang tidak dapat dikembalikan ke tapak normal
* Hernia tercekik merupakan hernia yang terputus daripada bekalan darahnya, menjadi sakit dan akhirnya bergangren
Tip-tip pencegahan
* Kekalkan berat badan ideal yang disesuaikan dengan ketinggian. Berbincanglah dengan doktor atau pakar diet tentang pola makan sihat dan program latihannya jika anda berasa tubuh berlebihan berat
* Jadikan buah-buahan, makanan vegetarian dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum sebagai sebahagian dari diet anda. Makanan ini tidak hanya baik untuk tubuh tetapi juga mengandungi banyak serat yang akan menghindari tubuh daripada mengalami masalah sembelit dan meneran
* Berhati-hatilah ketika mengangkat bebanan yang berat. Jika itu tidak dapat dielakkan, angkatlah dengan cara membengkokkan lutut anda dan bukannya bahagian punggung atau jangan mengangkatnya sama sekali!
* Berjumpalah doktor apabila berasa sakit. Jika mengalami batuk yang lama akibat dingin atau bersin terus-menerus disebabkan alergi, berjumpa doktor untuk merawat batuk dan mengambil ubat alahan. Berhenti merokok. Rokok dapat menyebabkan batuk yang berpanjangan dan hal ini akan menegangkan otot perut.
Soal jawab lazim
Bagaimana mengenal pasti hernia (diagnosis)?
Doktor akan minta anda batuk, mengemut atau berdiri untuk melakukan pemeriksaan fizikal. Bahagian yang menonjol keluar boleh ditekankan masuk dengan tangan.
Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jarinya, apakah masih boleh dimasukkan kembali ke dalam perut atau tidak. Rawatan yang akan dilakukan bergantung dari pemeriksaan tersebut.
Kenapa hernia patut dibedah?
Semua hernia harus dibedah. Usus boleh menonjol keluar melalui lubang hernia, mengakibatkan usus tersumbat. Pengaliran darah ke usus terganggu dan akhirnya usus bocor dan mati
Bilakah pembedahan patut dilakukan?
Semua hernia patut dibedah awal selepas berjumpa doktor, biasanya dalam masa beberapa hari atau minggu. Bagaimanapun, hernia yang berkomplikasi mesti dibedah secara kecemasan.
Jenis pembedahan yang biasa dilakukan
Kegunaan jaring atau mesh untuk menampal lubang dengan cara pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi
Apa itu pembedahan laparoskopi untuk hernia?
Laparoskopi menggunakan kamera dan peralatan panjang untuk menebuk bahagian badan. Ia boleh menampal tempat hernia yang berlubang dengan mesh atau jaring. Cara baru ini mengurangkan kejadian hernia berulang. Parut dan kesakitan pun kurang.
Adakah jaring atau mesh itu selamat di dalam badan?
Mesh diperbuat daripada sejenis plastik (polypropylene). Ia tidak mengandungi protein. Maka ia tidak mengakibatkan alahan atau penolakan di badan.
Apa yang harus dilakukan jika mesh dijangkiti kuman?
Infeksi mesh jarang berlaku. Biasanya komplikasi ini boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua.
Jenis hernia yang manakah boleh dibedah secara harian (day care)?
Hernia seperti inguinal, umbilikal, femoral atau insisional boleh dibedah secara harian, bermaksud pesakit boleh datang dan balik ke rumah selepas pembedahan pada hari yang sama. Hernia yang besar atau berkomplikasi tidak boleh dibedah secara harian. Hernia yang kecil boleh dibedah dengan bius setempat sahaja.
Bolehkah saya dibedah jika mempunyai masalah perubatan lain?
Kebiasaan pesakit yang ada penyakit seperti jantung, diabetis, tekanan darah tinggi yang terkawal boleh dibedah dengan selamat. Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan diizinkan.
Berapa lamakah masa diambil untuk sembuh?
Pesakit sembuh dengan cepat dalam masa beberapa hari sahaja. Pesakit boleh menjalankan rutin seharian seperti biasa, tanpa gangguan dengan selamat.
Bilakah saya boleh kembali bekerja?
Kerja-kerja pejabat boleh dimulakan dalam 2-3 hari. Pesakit boleh memandu kereta ke pejabat. Kerja ringan boleh dijalankan dalam 10-14 hari. Kerja berat memerlukan 3-4 minggu rehat.
Bilakah saya boleh mula bersukan?
Tiga hingga empat hari selepas pembedahan, pesakit boleh berjalan pantas, berenang dan joging. Lima hingga tujuh hari selepas pembedahan, pesakit boleh bermain golf, bermain ski dan kasut luncur, boling, bola lisut dan memanjat.
Selepas 10 hingga 12 hari pembedahan, pesakit boleh bermain tenis, berbasikal dan menyertai sukan memanjat gunung bermotosikal. Dua minggu selepas pembedahan, tiada sekatan untuk sukan seperti bola sepak, hoki, angkat berat dan besbol.

Tuesday, March 15, 2011

ligament ankle injury

ankle sprain after 3 weeks.. 
Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku? ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.

Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ‘ankle sprain’? ‘Ankle sprain’ secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau ‘excessive movement of the joint’. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:
1) Sakit
2) Terdengar bunyi crack
3) Bengkak
4) Lebam
5) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang
Jika berlakunya ketidakapastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
1) Medial >
a) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)
2) Lateral>
a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.
b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.
c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.
Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut: Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.
Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.
Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.

Rawatan

Secara ringkasnya, rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah:
1) Rawatan awalan (R.I.C.E)
a) Rest
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
b) Ice
Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
c) Compression
Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
d) Elevation
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan
pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.

2) Rawatan susulan
a) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki
- Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)
- Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)
- Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)
- Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)
- Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)
b) Rehabilitasi
- Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi kecederaan ini, jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF). Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti ‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih sepenuhnya.
- Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan ‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan. Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’ tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti larian secara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan kaki.
- Mendapatkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang. Antara latihan-latihan yang dilakukan adalah: i) Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.
ii) Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.
iii) Berdiri di atas trampolin.
iv) Berdiri di atas ‘wobble board’.
Latihan-latihan di atas adalah diperlukan untuk mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki.

Pencegahan Kecederaan dan Memulakan Semula Aktiviti Bersukan

Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. Penggunaan ‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.



Monday, March 14, 2011

Nilai CintaMu...

Salam..
Dah lama rasanya saya tidak menulis dalam ruangan ini.. terbatas dek kesibukan dengan ujian2 dan tugasan yang diberikan.. tidak ketinggalan Lab Report yang perlu disiapkan setiap minggu.. kesihatan saya yang tidak mengizinkan juga penyebab saya tidak sempat menulis.. ligament ankle yang putus diiringi pula dengan luka yang kembali berdarah di sudut hati ini.. teringat kembali seketika zaman sekolah bila mendengar lagu Sudirman Nilai Cintamu.. pelbagai dugaan ditempuhi satu demi satu.. mungkinkah dugaan2 8 tahun lalu kembali menemuiku?? ntahlah... ditinggalkan dan meniggalkan satu frasa yang cukup memilukan.. corat-coret kehidupan yang tidak adil ini telah mengajarku 1 istilah yang hampir menjadi igauan.. PUTUS ASA!!!

Ya Allah.. hambamu ini mohon kekuatan untuk meneruskan liku2 kehidupan yang semakin mencabar.. berat sungguh dugaanMu Ya Allah... 

Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu

Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...




Tok Gajah..

Daisypath Friendship tickers

sesi Q&A..

Get widget here

Langsung Atau Tidak Langsung...

Segala nukilan di dalam blog ini adalah milik penuh empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari blog-blog yang lain.. kisah-kisah disini bukanlah luahan rasa empunya blog tetapi hanya sekadar berkongsi rasa..

Kadang-kadang takut disalah erti..
segala kemusykilan boleh email saya

mohdhaniffmohdsani@gmail.com
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...