salam...
aku mencuri masa yg singkat ini untuk menulis kisah 7 anak dengan seorg bapa... aku dikurniakan sepasang pasangan ibubapa yg baik.. walaupun mak telah pergi 11 tahun lalu tetapi kelibatnya sentiasa disisi kami.. tinggal abah keseorangan menguruskan diri setelah kami dihantarnya belajar hingga ke menara gading.. terima kasih abah!! kesunyiannya terubat setelah abah telah berkahwin lg tetapi kebahagiaan itu tidak sama sewaktu dgn mak dulu..
dua minggu lepas selepas aku pulang ke kampus aku mendapat panggilan dari kakakku dimana diberitahu mata abah akan di laser.. terbayang di mattaku abah di rumah.. patut lah 2-3 hari lepas abah kerap pening kepala dan asyik bertanyakan tv yg dikatakannya semakin kabur, rupa-rupanya doktor telah mengatakan urat mata abah telah pecah dan perlu di laser secepat mungkin, ini disebabkan penyakit kencing manis abah yang semakin serius ditambah lagi darag tinggi yang semakin menjadi2 kebelakangan ini...
semalam mata abah telah di laser, kata kak lin mata abah akan dilaser sekali lagi pada 1hb feb ini.. tadi sewaktu dalam kelas kak jaja text pada aku mintak e-mail address aku.. apabila pulang ke bilik aku check e-mail dan menerima beberapa e-mail dari kakak dan adikku... sebak jugak bila baca email td..
e-mail dr kak lin
As Salam
adik beradik/iparku yang dikasihi
Semalam abah dh lazer dan akan di lazer lagi pada 1 Februari 2011 jam 10.30 pg. Akak/lin di PD dr 31jan - 1 Feb. ada bengkel. Dr kata abah kena jaga makan jgn sampai naik lagi kencing manisnya.....kes mata abah ni agak teruk jugak....darah tinggi abahpun naik kebelakangan ni..
Semalam merupakan memori terindah bersama abah tersayang sepanjang hari ...dulu abah pimpin kita semalam pimpin abah....teringat lak masa anak dara dulu naik kereta bersama pergi cari ikan kat pasar selayang....sembang-sembang gelak gelak....huhu...
Mudah-mudahan berkat doa anak-anak dan menantu abah cepat sembuh..
Amin.
kemudian e-mail dr kak jaja
W’salam…
Terima kasih atas makluman.
Huhuhu….pastu balik lambakkan ikan kt depan umah cheras and basuh ramai2..xpun ngeteh dulu sambil mkn roti canai kt kedai tepi pasar..kalo Hasmah ikut ikut mesti dapat ikan murah kan!...huhuhu..
InsyaAllah setakat ni ja xde apa on 1st Feb.
Ok..di samping ini, nak maklumkan cadangan dari kanda yus untuk kita adakan sukaneka dan cabutan bertuah pada hari bbq nanti…cadangan dari adik awa adalah seperti berikut..
sempena majlis tahlil, smbutan hari jadi dan bbq pada cuti raya cina:
acara games:
anak2:
1. musical chair
2. kutip gula2... sapa kutip banyak menang.. /atau cari gula2 dalam tepung
3. tiup belon paling besar, sapa pecah dulu menang
4. kotak beracun
keluarga:
1. belon terbang berisi air
2. telefon berkarat(boleh menguji daya ingatan ank2)
3. monalisa(melukis dengan menutup mata)
ajk games: antie we & paman
pengadil: atok & nenek
** sebarang cadangan dialu2kan…ini pun julung2 kali diadakan.ok jugak kan..ada pengisian..
oleh itu, cadangan kutipan juga ingin diadakan bagi melancarkan perjalanan aktiviti..cadangan yuran termasuk hadiah, makanan (cadangan MENU), peralatan berkaitan :
i. RM50 x 5 = RM250
ii. RM80 x 5 = RM400
iii. RM100 x 5 = RM500
p/s : Kalo ada kelapangan, nak adakan discussion pada cuti thaipusam 20/1/2011 pun ok.
Harap dapat pandangan semua..
TQ.
kemudian e-mail dr hawa
wah....sebak terbayang time dulu2..
semoga ikatan antara kita adik beradik masih utuh seperti dahulu..
hehehe....dah terbayang keseronokan wat sukaneka tu..musti happening nnti huhu...
|
langkawi 2008 |
|
abah.... kami sayang abah
kami hanya tinggal abah je dalam dunia ni
tanpa abah anip pun xtau ape akan jd pada family ni nanti
insyaAllah balik cuti sem ni anip jaga abah