Tuesday, June 18, 2013
KENALI TULANG RUSUKMU...
KENALI TULANG RUSUKMU
Kisah Mengapa Wanita Tercipta dari Tulang Rusuk Lelaki
Seorang bijak berkata…
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih
untuk lelaki
Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan
memberimu kehangatan dalam rumahmu.
Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.
Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya.
Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan
memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan!
Jika kelmarin kamu berdo'a dan yakin bahawa
dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka
terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik.
Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata ma'af untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta ma'af untuk kesalahanmu.
Ia yang mau menerima masa lalu mu dan siap
merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu.
Ia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar.
Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa
lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu,
airmatanya boleh menyayat hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannya, maka merenunglah sejenak!
Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati.
Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki. Kerana wanita tahu dari sana dia berasal.
Maka dari itu kenali dan sayangi “Tulang Rusukmu”..
I was аctually moѵed enοugh
ReplyDeleteto ωrite a сomment :-P I actuallу do have a сouple of
questions for yоu if іt’ѕ okay. Could it
be simply me or dο a few of the commеnts look аs if
they aгe coming frοm brain ԁead
viѕitors? And, if yоu are writing οn otheг
places, I’d likе to follow you. Could you list every one of youг cоmmunal sites
like your linkedin prοfile, Fаceboоκ
page or twitter feed?
Hеre iѕ my weblog: what is going green