Tuesday, June 11, 2013

Impian untuk kawen.. Angan-angan atau impian

Alhamdulillah musim cuti sekolah baru-baru ni ramai kawan aku mendirikan masjid. Seronok tengok dorang naik pelamin. Dulu masa sekolah semua selebet je, tapi sekarang bergaya habis. Aku ucapkan tahniah pada yus dan ain, akma dan pasangan, ida dan pasangan, dak2 junior masa sekolah, tengku masni dan pasangan. Maaf tak dapat hadir majlis anda semua kerana aku ada kat johor sekarang ni tengah memerah otak untuk belaja supaya dapat kerja yang bagus dan dapat kumpul duit yang banyak pastu boleh kawen macam korang semua hahahaaha..

Umur aku dah 27, baya2 umur macam ni dah layak nak kawen. Tapi aku belaja lagi haha. Takpe ini la cabaran hidup. Impian nak kawen tu ada tapi masalahnya belum jumpa calon yang tetap. Haha emm ada tu ada tapi takut aku pulak yang bertepuk sebelah tangan. Takut jugak kalau2 tak jadi kan. Tak baik mainkan perasaan wanita ni, pasal jodoh berserah pada Allah. Dia berhak untuk tentukan aku sehidup semati dengan sesiapa. Dulu pernah jugak aky plan dengan ex aku pasal kawen2 ni tapi dah takde jodoh aku pendam jela impian ni. Sekarang mungkin aku dah jumpa seseorang yang  boleh menjadi teman hidup aku. Tapi tak boleh nak mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

Impian aku besar. Nak yang cantik, putih, gebu. Tamakkan. Bukan aku je tapi aku percaya semua orang nak yang sempurna dan sedap mata memandang. Hidup bahagia disamping manusia yang kita sayang. Berkongsi cerita atau masalah yang sama, makan benda yang sama, berkongsi tempat tidur, berkongsi harta dan berkongsi hidup sepanjang hayat.

Aku nak kawen kat hotel besar, macam dalam drama2 melayu haha. Nak pergi honeymoon kat oversea haha ni pun pengaruh dari drama. Tapi kena berpijak dibumi yang nyata, perlukan usaha yang lebih untuk dapatkan semua tu. Perkara utama adalah wang atau duit. Ramai pengantin sekarang berbelanja besar untuk majlis perkahwinan mereka sampaikan ( hanya segelintir sahaja) yang terpaksa meminjam duit bank. Alasan mahu majlis mereka nampak gah dan di ingati kawan2. Bagi aku kalau kita betol2 mampu takpe tapi kalqu serakat nak bayar balik loqn PTPTN pun tersengguk2 baik ko buat majlis yang sederhana. Ni dah selesai majlis ko kena tanggung hutang berpuluh ribu. Sampau anak dah 5 orang pun hutang kawen tak selesai lagi.

Ayat dari Surah An-Nisa ayat 3 ada menyatakan tentang hal perkahwinan.

Ok nak sambung study.
Esok2 aku sambung lagi

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment