Thursday, February 16, 2012

Kenapa Aweks2 patut Menyesal Jika menolak Lamaran Seorang Jurutera AWAM..


tadi aku blogjogging tau
pastu terjumpa la entry yang menarik ni
btw ni ada kene mengena dengan future aku kan
kenapa dan kenapa
why and why they should married with civil engineer

the reason is:

#1.Stail-Hidup; Simple

    Lately aku perati, member-member aku ni yang keje engineering ni selamber derk je pakai jeans.Pakai jeans ni memang cool. Budak nerd pakai jeans nampak cool, apatah lagi orang beser2 ni. Keluar keje, kalau tak jeans+kemeja, mesti jeans+t-shirt berkolar, tak pun seluar khakis atau ...apa-apa saja asalkan bukan seluar slack..Pakaian  eksekutif ni pun pakai bila waktu meeting , jumpa client, CEO, ngan dinner. 
Jika ini standart jurutera2 kat Malaysia, ini satu berita baik buat bakal2 isteri jurutera.Kurang sudah satu keje. Tak perlu susah-susah bangun pagi, seterika seluar.bagai.Waktu di pejabat kadang-kadang jurutera pun sebat pakai jeans jugak, jeans hitam, straight-cut..

Kiwikan kasut? tak perlu -tak perlu, sebab dorang cuma sarung timberland je, tak pun camel active.


ini adalah realiti, kasut yang aku pakai camel active, 
nak pakai timberland tu belum sampai masanya lagi hehehe

#2. Dedikasi+Komited

    Seorang jurutera pasti saja menghabiskan segala usaha , tenaga, masa, mahupun perahan otak, untuk memahami suatu sistem yang kompleks, dan pastinya komited dalam setiap projek yang dipertanggungjawabkan.Katakanlah dalam suatu slump-test, seorang jurutera awam sedaya-upaya memastikan nisbah paling ideal untuk agregate ,pasir, simen, admixture dan air supaya konkrit terhasil optimun dan sesuai untuk binaan dan keadaan.
    Begitu juga dalam memenangi hati wanita,mereka sedaya-upaya mencari nisbah supaya sekurang-kurang korang sayang kepada mereka.10kuntum Ros + 1Beg Gucci + 5 hari Snorkeling kat Tioman + 1 Set dinner kat Hyat Regency + 2 Dendangan Lagu Anuar Zain sendiri (Lelaki ini &Ketulusan Hati) = senyuman/(sebulan x semalam);
    Maka itulah yang jurutera itu akan buat berulang2 kali, lagi , lagi dan lagi .

    Sampailah isterinya tu bosan, maka sekali lagi dia akan mencari nisbah-nisbah, serta teori- teori yang tak masuk akal, semata-mata untuk tawan cinta isterinya itu semula. Hati wanita memang komplikated, tapi itu lah cabaran., dan jurutera memang sukakan cabaran.



#3. Tak Pandai Menipu

   Dalam kilang TV Plasma misalnya, katakalah ada satu batch tv yang takleh on. Cek-cek sumer ok. Ye tak ye , satu production kene recall balik.Rupa-rupanya, power-suply problem.Of course,management akan spot-check kat power- supply department, dan orang akan ditanya ,jurutera bahagian tu.
Dah nama manusia , sememangnyalah tak boleh lari dari kesilapan.  But the way they approached to the truth is based on the fact depan biji mata,...and it happens sudden!! . Jadinya, ini membuatkan jurutera memang tak terlatih untuk menipu dan putar belit alam. .Kalau dia menipu gak, nampak sangat dia menipu, sebab hati dia tak tenteram.


#4.Bijak Melepaskan Tekanan

Dan ia bukannya pada orang.
   Bajetla,kerja ape takde tekanan. Kerja Jaga pun tension tau.Tapi engineer biasanya akan mencari objek yang setanding dengan tekanan yang dihadapi.Sebagai contoh, yang keje kat kilang, dipicit-picitnya main suis kat power generator .Yang kat off-shore, ditumbuk-tumbuk boiler ngan batang paip kaki gajah,Yang kat tapak pembinaan, diterajangnya mesin pembancuh simen,..takpun ditempeleng mat-mat indon tu sorang-sorang.
   Maka selamatlah anda,si isteri dia nanti kat rumah, dari kene tempias tekanan dia, bahkan anda takkan perasan dia tengah tensen, sebab lebih separuh daripadanya sudah pun tertinggal kat tempat kerja.

Mat indon orang la kan?..hehehe

kat site aku xde indon
bangla ada la.. 
nak marah kadang2 kesian huhu


#5.Rupa

Practically handsome, tapi dia tak perasan yang dia tu sebenarnya handsome..

Ini penting bagi wanita yang kuat cemburu .
Jurutera tahu hensem seorang lelaki itu bukan terletak pada rupa paras .Sebab itu lah jika ada gadis-gadis luar sana yang merenyam yang tackle dia , biasenya akan puji ;" Awak ni bukan takat hensem, tapi baik hati, gentleman...." ,. Tak termakan derr puji-pujian camtu, walaupun yang puji tu gadis kacukan kucing macam Nora Danish.
Selamatlah lagi anda.

Tapi kalau anda pulak yang nak puji, cmne pulak ye?

Puji apa yang dia buat, hasil kerja tangan dia. Lagi2 yang 1st timer .Contohnye macam ni;
"Walaupun  pakai dua perencah, nasi goreng awak ni asli betullah, satu lidah rasa,kemas je tak berketul-ketul, Ayam, sayur, ikan bilis, tak lebih tak kurang, sekali suap, rasa semua. Cume pedas skit dari yang  restoran Rasa Sayang kt simpang tu punye,yang lain ok dah "- detail and precise.
Selit-selit kutuk takpe, nampak sikit kejujuran dalam kepujian.hoh.


Laluan Pejalan Kaki dan Jambatan FKA-KTHO


Syukur ke hadrat ilahi, berkat perjuangan dan tuntutan akan jambatan fka-ktho kepada pihak utm agak sekian lama akhirnya telah terlaksana jua. terima kasih kepada pentadbiran kolej ktho, barisan mafan ktho, mantan-mantan MPM, barisan JKM ktho dan PEKA FKA yang tidak putus-putus memperjuangkan akan isu ini sejak sekian lama demi kepentingan warga ktho khususnya dan utm amnya..:-)

ayat kat atas ni aku copy paste je huhu
teruja tak??
hahaha actually ni adalah projek last aku tyme pegang jawatan dlm PEKA
jambatan FKA ke KTHO cum Arked Meranti
adanya jambatan ni adalah memudahkan student2 KTHO untuk pergi ke fakulti
aku tak sangka benda ni direalitikan 
sebab sebelum ni banyak sangat bantahan2 yang dibuat atau tidak diluluskan
Alhamdulillah jambatan ini dibina..
byk pahit manis
start dari design di reject mentah2 oleh Ir Salleh Yassin
then macam2 gerakan bawah tanah yang nak bina jambatan ni.. 
tp semua pelan ni kene la realistik
budget awal yang kami terima dlm range Rm10K
tp agaknya Harta Bina up lg sikit kot
tu yg dapat buat pedestrian walk sekali
haa ni aku nk tunjuk beberapa gambar 

tempat ni aritu aku g la survey2
erosion la tebing belah sini..

haa tu kan nampak tak??

tak sangka pulak aku dorang luluskan sampai buat pedestrian walk ni huhu

siap ada wakaf lagi tu
kolej laen ada??
hahahaha

port jogging dgn port dating pun ok gak ni hahaha

btw tahniah kepada pemimpin2 pelajar yang berjuang untuk mendapatkan kemudahan ni
evan makan bertahun2 lama nya untuk realisasikan impian ni kan

Sunday, February 12, 2012

KKHH..

semalam 11/022/2012 tv3 ada siarkan cerita ni
aku layan la lgpun cite ni best kn..
sebenarnya kan..
aku suka tgk kajol ni..
mirip seseorang la.. (korang leh predict sendiri la kan)
tacing la sekejap kan hahaha
kajol ni sweet..
itam manis kalau org2 melayu ckp kan


sweet & sour kan hahaha..
btw taste aku mcm ni kot..
tp aku xtolak la klo jodoh aku berupa mcm mane pon..
sb sejak dr sekolah, gurl2 yg aku minat sume jenis2 gini



hehe comel kan..

last2 dorang bersama jugak..
happy ending..


Friday, February 10, 2012

Love Is Cinta..



love is cinta?
tiba2 je kan..
aku tertarik dengan 1 entry ni
tajuk dia tanda seorang lelaki jatuh cinta
nak baca tak??


Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :
.
Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa
.
Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap
.
Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya
.
Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang     meluap-luap
.
Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya
.
Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga
.
Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya
.
Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya
.
Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain
.
Love  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja
.
Love  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya
.
Love  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama
.
Love  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya
.
Love  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri
.
Love  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya
.
Love  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya
.
Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )
.
Love  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain
.
Love  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya
.
Love  20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya
.
Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku )
.
Love  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya
.
Love  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan tetapi dia sanggup 


yg aku bold ni sebenarnya ada la sikit2 tempias kat aku..
emmm... bila la nak rasa bercinta lagi ni huhuhu...

Quote For Today...



"jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok itu serta merta, maka dia akan mematahkannya"