Friday, December 16, 2011

Anterior Cruciate Ligamen (ACL)


Anterior cruciate ligamen (ACL)

dah 8 tahun aku tak rasa seksa macam ni, tiba-tiba pulak isnin lepas rasa macam sumting wrong kat lutut kiri aku ni.. 
agaknya sebab aku berdiri lama sangat kot masa dinner PEKA ahad lepas..
gambar kat atas ni masa aku form 5, injured sebab ada org terjah lutut aku 
lutut belaga lutut tp lutut aku tak ready utk terima hentakan sebab tu aku yang parah hahaha
ada la dekat 1 botol spray aku sembur tp tak hilang2 jugak sakitnya..
sekarang bertongkat aku pergi class
seksa wooo...




aku terasa sakit kat Patellar Tendon
tak kan ligament koyak lagi kot
sem lepas ligament ankle dah putus
sem ni mintak2 tak nak la kan..
dah byk pain killer aku telan tp tak jalan gak..
operation?? 
wahhhhhhh
tak nak tak nak huhuhu


ni gaku google td ada jumpe image lutut yg baru operate
ngeri kan..


ni gambar latest aku huhu 
byk beaza tak dgn gambar kat atas sekali 
sekarang aku dah tak aktif bersukan
injury je memanjang
lutut dgn ankle nak pakai lama kan
so kat bawah ni aku bg link beberapa blog yang explain lg lanjut tentang ACL ni




Tekanan Jiwa...


mood:
cirit birit
dah 4 hari
tekanan perasaan
tp tengok gambar anak2 buah
hilang cket tekanan aku


Teks Ucapan Terakhir Sebagai Timbalan Presiden PEKA..



Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang dihormati presiden peka saudara ryo, majlis tertinggi peka penggal 2010/2011, calon-calon yg bertanding serta ahli-ahli peka sekalian
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan..
Selamat datang ke mesyuarat agung tahunan peka 2011 dan malam pemilihan baru majlis tertinggi peka penggal 2011/2012. Dalam mesyuarat agung tahunan ini kami akan menerangkan aktiviti yang telah dianjurkan oleh peka, dan seperti yang telah tetapkan penerangan aktiviti ini akan diterangkan oleh presiden kita sendiri iaitu saudara ryo sebentar lagi.
Melihat kepada sambutan pada malam ini, kita seharusnya bersyukur kerana peka masih mampu memain peranan sejak 19 tahun yang lalu dan sentiasa melalui perubahan dengan merencanakan pelbagai aktiviti dan program yang bermanfaat kepada mahasiswa fka am nya dan universiti khususnya. Jika diamati secara mendalam, kita perlu akui bahawa nilai kesukarelawanan dan bekerjasama dalam persatuan ini masih banyak yang perlu dilakukan bagi mengukuh dan memperkasakan budaya positif ini.
Disini saya akan menerangkan sedikit Majlis tertinggi peka iaitu diketuai jawatan presiden, dibantu pula dengan timb.presiden yang memantau pengurusan persatuan dan naib.presiden memantau aktiviti persatuan dan dikukuhkan lg dengan setiausaha agung dan bendahari kehormat. Pada penggal ini peka memiliki 7 portfolio yg diketuai oleh pengarah dan timbalan pengarah. Portfolio tersebut adalah global corporate relation, R&D, social and welfare student (excos), promotion and marketing (pro-mark), recreation and activity (react), Islamic welfare and spiritual development dan isd.
Untuk penggal ini kami barisan exco telah membuat beberapa perubahan dimana terdapat portfolio yang digugurkan dan diganti baru manakala ada penambahan portfolio, ini diputuskan supaya peka dapat mengorak langkah lebih ke hadapan dalam mengharungi cabaran yang mendatang..
Portfolio yang digugurkan adalah kerohanian dan, ia diganti dengan portfolio multimedia, public relation dan 3p iaitu penerangan, penerbitan dan penyiaran. Di harapkan portfolio ini dapat membantu peka dalam merealisasikan RRP yang telah direncanakan sehingga tahun 2020..
Diharapkan calon-calon yang menang malam ini dapat memegang amanah ini dengan sebaiknya, merealisasikan apa yang telah dirancang, menjaga kabajikan ahli-ahli peka. Kepada yang tidak Berjaya jangan jadikan kegagalan ini sebagai penghalang untuk membantu rakan2 exco anda, bersama2 kita menaikkan nama peka segah persatuan-persatuan yang lain..
Akhir kata jutaan terima kasih kepada ahli2 peka yg hadir pada malam ini, sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya dan yang terbaik itu datang dari Allah s.w.t
Salam..

Mohd Haniff Mohd Sani
Timbalan Presiden PEKA 2011