Tuesday, May 24, 2011

perempuan baik untuk lelaki yang baik?

salam
sebelum ada yang cuba nak buat andaian sendiri, aku nak cakap dulu yang aku ni bukan ustaz.. 


Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.

Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?

Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.

Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

sekadar gambar hiasan
kalau ramai yang menganggap Allah telah menjanjikan pasangan yang baik kepada orang baik dan pasangan jahat kepada orang jahat, sebenarnya anda telah tersalah.. habis kalau tiba-tiba anda dapat pasangan yang jahat, anda nak salahkan Allah kerana mungkir janji? anda yang telah tersalah faham ok.. situasi seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat kita..

contohnya kawan aku sendiri pernah berkata "abang aku seorang yang baik dan alim, tapi kenapa isteri dia perangai macam taik? kan lelaki baik untuk perempuan baik?" nak contoh lain lagi? yang ni aku pasti ramai tau "seorang artis perempuan terkemuka di malaysia dahulunya seksi tapi selepas berkahwin dengan ustaz, sampai sekarang dia tidak pernah mendedahkan aurat dia" :)

untuk lebih jelas lagi, kita perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:

"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."

Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.. Ia dimansukhkan oleh Allah s.w.t dalam Surah an-Nur; ayat 32 dan 33 yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang."

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.

Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.

Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu..

dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.. kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.. ini adalah dakwah.. ini bukan isu terima 'bekas orang' ataupun terima orang jahat.. kalau anda tidak mampu melakukan itu, carilah pasangan yang anda rasakan sesuai untuk anda..

dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.. kalau tidak, berdosa.. sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.. even 'bekas orang' pun kalau dia sudah bertaubat, dia lebih bersih dari yang belum bertaubat.. tetapi masyarakat kita tidak boleh menerima hakikat ini..

lagi sekali aku nak tegaskan dalam entry ini, aku bukan menulis entry ini untuk menggalakkan zina dikalangan masyarakat.. zina itu haram dan boleh mendatangkan banyak permasalahan terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. kalau pernah terlanjur dan sudah bertaubat, life must go on :) ingat tu..

** p/s  : kalau anak-anak anda nanti nakal dan pernah terlanjur, sudah pasti anda nak bagi pasangan yang baik kepada anak anda agar pasangan dia mampu didik dia kan? 

No comments:

Post a Comment